Home Ekonomi Kosovo tawar peluang pelaburan strategik kepada syarikat Malaysia, akses ke pasaran Eropah
Ekonomi

Kosovo tawar peluang pelaburan strategik kepada syarikat Malaysia, akses ke pasaran Eropah

Peluang pelaburan dan akses ke Eropah terbuka luas.

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Kosovo menawarkan peluang pelaburan strategik kepada syarikat Malaysia, termasuk akses terus ke pasaran Eropah yang melebihi 600 juta pengguna.

Menurut Presidennya, Vjosa Osmani Sadriu, Kosovo kini membuka pintu lebih luas kepada pelabur di negara ini untuk meneroka pelbagai sektor strategik merangkumi teknologi maklumat, tenaga hingga ke pertanian.

Tambahnya, sektor teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) antara penyumbang utama kepada ekonomi Kosovo, dengan peningkatan eksport ke Amerika Syarikat dan Afrika sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Kami akan memulakan Forum Ekonomi Bersama Kosovo-Malaysia. Ia platform untuk perniagaan dari kedua-dua negara kenal pasti peluang dan runding kerjasama langsung.Melabur di Kosovo bukan sekadar melabur di negara kecil, tetapi bermakna akses kepada seluruh pasaran Eropah. Lebih 600 juta pengguna melalui perjanjian perdagangan bebas yang kami sertai. Dengan kos buruh yang kompetitif, populasi muda yang fasih pelbagai bahasa dan insentif cukai menarik, Kosovo tampil sebagai hab pelaburan baharu bagi syarikat Malaysia yang ingin menembusi pasaran Eropah,\’\’ katanya.

Walaupun perjanjian rasmi masih dalam peringkat draf, Kosovo yakin ia bakal dimuktamadkan tidak lama lagi dengan harapan dimeterai semasa lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia ke negara itu kelak.

Related Articles

Ekonomi

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh meskipun ketidaktentuan global — Moody's Ratings

Kestabilan politik sejak beberapa tahun lalu juga telah mengukuhkan keyakinan pelabur.KUALA LUMPUR,...

Ekonomi

Kerajaan cadang wujudkan perkhidmatan kereta api kargo KL-Bangkok

Usaha meningkatkan perdagangan antara kedua-dua negara, sekaligus mengintegrasi ekonomi ASEANSEREMBAN, 4 Mei...

Ekonomi

8 negara OPEC+ naikkan kuota minyak Jun ini

FOTO REUTERSRIYADH, 4 Mei- Lapan negara OPEC+, akan mula meningkatkan had pengeluaran...

Ekonomi

Harga MSM dijangka kekal lemah, stok domestik naik

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 4 Mei- Pasaran niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)...