Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Rendah Walaupun Wall Street Catat Kenaikan
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Walaupun Wall Street Catat Kenaikan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Walaupun Wall Street Catat Kenaikan

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Livevartha) –Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutanpelabur kembali selepas cuti dengan minat yang berkurangan, mengabaikan kenaikan semalaman di Wall Street yang didorong oleh pendapatan kukuh daripada Microsoft dan Meta.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.94 mata kepada 1,535.28 daripada 1,540.22 pada Rabu.

Bursa ditutup pada Khamis sempena cuti Hari Pekerja.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 2.80 mata kepada 1,537.42.

Suasana pasaran negatif dengan129 kaunter rugi mengatasi 122 kaunter untung. Sejumlah 259 kaunter tidak berubah,1,834 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

MenurutMalacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan, Wall Street meneruskan kenaikannya pada Khamis, disokong oleh prestasi suku tahunan yang kukuh daripadaMicrosoft dan Meta, mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap pertumbuhan yang dipacu oleh AI.

“Microsoft melonjak lebih tujuh peratus selepas memberikan panduan yang lebih kukuh untuk perkhidmatan awanmanakalaMeta meningkat lebih empat peratus selepas menaikkan unjuran perbelanjaan modal pada 2025 untuk menyokong pelaburan dalam AI.

“Bagaimanapun, niaga hadapan Wall Street diniagakan rendah berikutan pasaran menilai laporan pendapatan daripada Apple dan Amazon,” katanya.

Firma broker itu menjangkapetunjuk pasaran tempatan terus disokong dalam masa terdekat, diperkukuh oleh aliran masuk dana asing selama enam hari berturut-turut.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...