Home Nasional Presiden Kosovo diberi sambutan rasmi, Anwar terima Anugerah 'Order of Independence'
Nasional

Presiden Kosovo diberi sambutan rasmi, Anwar terima Anugerah 'Order of Independence'

Presiden Kosovo diberi sambutan rasmi, Anwar terima Anugerah 'Order of Independence'

Presiden Republik Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 2 Mei – Presiden Republik Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu menerima sambutan rasmi penuh istiadat sempena lawatan sulung beliau ke Malaysia, di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Ketibaan beliau pada jam 9.00 pagi disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan sebagai simbol penghormatan.

Presiden Osmani kemudian memeriksa pasukan kawalan kehormatan daripada 103 anggota dan tiga pegawai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Menurut Wisma Putra, kedua-dua pemimpin dijangka mengadakan perbincangan mengenai pelbagai isu berkepentingan bersama di peringkat serantau dan antarabangsa, termasuk Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia tahun ini.

Perbincangan turut tertumpu kepada usaha memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang perdagangan, pelaburan, pendidikan serta kesalinghubungan antara rakyat kedua-dua negara.

Dalam satu detik bersejarah, Presiden Osmani menganugerahkan \”Order of Independence\”, anugerah tertinggi negara Republik Kosovo, kepada Perdana Menteri sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan Malaysia terhadap kedaulatan dan kemerdekaan Kosovo, serta komitmen memperkukuh hubungan dua hala.

Perdana Menteri akan turut menghoskan jamuan tengah hari rasmi di Kompleks Seri Perdana sebagai sebahagian daripada atur cara lawatan.

Malaysia dan Republik Kosovo telah menjalin hubungan diplomatik secara rasmi sejak beberapa tahun lalu, dan pembukaan Kedutaan Kosovo di Kuala Lumpur dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh kehadiran diplomatik negara Balkan itu di Asia Tenggara.

Pada tahun 2024, jumlah dagangan dua hala antara kedua-dua negara mencecah RM28.55 juta, dengan jumlah eksport Malaysia ke Kosovo mencecah RM25.92 juta, manakala jumlah import daripada Kosovo sebanyak RM2.63 juta.

Eksport utama Malaysia ke Kosovo termasuk minyak sawit, produk elektrik dan elektronik serta hasil kilang, manakala import terdiri daripada bahan mentah dan batuan separa berharga.

Related Articles

ESSCOM perkukuh keselamatan Timur Sabah
Nasional

ESSCOM perkukuh keselamatan Timur Sabah

Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos dan Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Datuk Dr....

Umat Islam perlu jadi duta al-Quran – Raja Perlis
Nasional

Umat Islam perlu jadi duta al-Quran – Raja Perlis

Umat Islam perlu mempertingkatkan pembudayaan ilmu al-Quran dalam mendepani cabaran teknologi /...

Budak 10 tahun maut, 10 lain cedera nahas 3 kenderaan di Kota Tinggi
Nasional

Budak 10 tahun maut, 10 lain cedera nahas 3 kenderaan di Kota Tinggi

Kanak-kanak lelaki maut kemalangan tiga kenderaan di di Kilometer 44.2, Jalan Johor...

KPT bakal teliti keperluan tambah Kolej Komuniti di pedalaman Sabah, Sarawak
Nasional

KPT bakal teliti keperluan tambah Kolej Komuniti di pedalaman Sabah, Sarawak

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan meneliti keperluan menambah Kolej Komuniti khususnya di...