Home Pasaran Pasaran Getah Malaysia Ditutup Dalam Dagangan Bercampur-campur
Pasaran

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Dalam Dagangan Bercampur-campur

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Dalam Dagangan Bercampur-campur

gambar file

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 April (Livevartha) –Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun susut sedikit pada Rabu dan dijangka mencatatkan penurunanbulanan terbesarnya dalam tempoh lapan tahun apabila dasar tarif AS mencetuskan kebimbangan terhadap permintaan global. Jangkaan peningkatan bekalan juga memberi tekanan terhadap harga.

“Kenaikan selanjutnya (bagiStandard Malaysian Rubber 20 atau SMR 20) dihadkan oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS, data ekonomi China yang lemah dan penurunan harga minyak mentah,” katanya kepada Livevartha.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga SMR 20 naik tujuh sen kepada 745.5 sen sekilogrammanakala susu getah pukal turun 2.5 sen kepada 614 sen sekilogram.

Pasaran getah Kuala Lumpurditutup esok, 1 Mei, sempena cuti umum Hari Pekerja dan akan beroperasi semula pada Jumaat, 2 Mei.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...