Home Nasional Malaysia perlu imbang hubungan AS, rakan serantau – PM
Nasional

Malaysia perlu imbang hubungan AS, rakan serantau – PM

Malaysia perlu imbang hubungan AS, rakan serantau – PM

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 1 Mei- Malaysia perlu mengekalkan keseimbangan dalam menjalin hubungan erat dengan Amerika Syarikat (AS) dan rakan serantau lain, selari dengan tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN untuk memacu pertumbuhan ekonomi serantau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Pusat Tindakan Geoekonomi Negara (NGCC) semalam yang memberi tumpuan kepada strategi memperkukuh kedudukan eksport negara ke AS.

\”Inilah kesempatan untuk kita memangkin usaha menyusun semula struktur ekonomi negara. Ia peluang membina asas ekonomi yang lebih kukuh, kalis cabaran dan berdaya saing dalam dunia yang semakin tidak menentu,\” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook malam tadi.

Langkah itu, menurut beliau, sejajar dengan aspirasi Malaysia sebagai peneraju pertumbuhan serantau yang berdaya tahan dalam menghadapi perubahan ekonomi global.

Mesyuarat itu diadakan susulan pertemuanMenteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz denganSetiausaha Perdagangan AS Howard Lutnick dan Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer minggu lalu yang disifatkan sebagai langkah penting untuk memastikan suara Malaysia terus didengari dalam landskap perdagangan global yang mencabar.

Related Articles

Lebih 10,000 pengunjung jangka meriahkan Hari Pekerja 2025, PM rasmi sambutan
Nasional

Lebih 10,000 pengunjung jangka meriahkan Hari Pekerja 2025, PM rasmi sambutan

FOTO FACEBOOK Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 1 Mei- Lebih 10,000 warga kerja dari...

Presiden Kosovo mulakan lawatan sulung ke Malaysia esok
Nasional

Presiden Kosovo mulakan lawatan sulung ke Malaysia esok

Presiden Kosovo, Dr. Vjosa Osmani Sadriu / Foto REUTERSPUTRAJAYA, 30 April-Presiden Kosovo,...

MAIS perkenal kad pengenalan khas PPI, cegah penipuan pengurusan harta
Nasional

MAIS perkenal kad pengenalan khas PPI, cegah penipuan pengurusan harta

Pengerusi MAIS Datuk Salehuddin Saidin ditemui pemberita selepas Majlis Penghargaan Rakan Media...

SICS 2025 bakal himpun 3,000 pemain industri penjagaan
Nasional

SICS 2025 bakal himpun 3,000 pemain industri penjagaan

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari / Foto RTMSHAH...