Home Ekonomi MIHAS sasar transaksi jualan RM4.5 bilion
Ekonomi

MIHAS sasar transaksi jualan RM4.5 bilion

MIHAS sasar transaksi jualan RM4.5 bilion

REEZAL Merican Naina Merican (depan, kiri) pada Majlis Pra-Pelancaran MIHAS 2025 di sini, hari ini. 

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyasarkan RM4.5 bilion potensi jualan menerusi Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 17 sehingga 20 September ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, walaupun ketidaktentuan ekonomi global masih berterusan, pasaran halal global dijangka terus berkembang kepada AS$5 trilion menjelang 2030.

“Dengan Malaysia memegang piawaian emas dunia bagi barangan dan perkhidmatan halal yang diperakui, ini membuka peluang besar kepada pengeksport kita untuk mengembangkan jejak mereka di peringkat antarabangsa.

“Sehubungan itu, kami berharap dapat memanfaatkan platform MDT berkuasa AI (kecerdasan buatan) untuk membantu mencapai sasaran jualan MIHAS sebanyak RM4.5 bilion bagi produk dan perkhidmatan halal yang berkualiti tinggi dan diperakui menjelang tahun 2025.” katanya di Majlis Pra-Pelancaran MIHAS 2025 di sini, hari ini. 

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Industri) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Hanafi Sakri. 

Sementara itu, Pengerusi Matrade, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pameran tahun ini bertemakan ‘Mercu Keunggulan Halal’ menunjukkan komitmen Malaysia untuk mengetengahkan kemajuan terkini dalam industri halal serta meraikan kecemerlangan global dalam sektor yang pesat membangun ini.

Ujarnya, dimensi baharu yang menarik pada MIHAS tahun ini ialah integrasi sistem padanan perniagaan berasaskan AI bagi Program Pencarian Sumber Antarabangsa (INSP).

“Ciri inovatif ini dipacu oleh platform dagangan digital moden terbaharu kami yang dikenali sebagai Platform Perdagangan Digital Moden (MDT).

“MDT berperanan sebagai alat yang tepat dalam memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menembusi pasaran global dengan lebih berkesan serta menjalankan perdagangan digital rentas sempadan secara lancar.

“Edisi MIHAS kali ini juga akan menampilkan kepelbagaian negara anggota ASEAN dan budayanya, selaras dengan Pengerusi ASEAN tahun ini. 

“Matlamat kami adalah untuk memupuk dialog yang bermakna, merangsang kerjasama yang sinergi dan akhirnya mendorong pertumbuhan perniagaan yang ketara,” katanya.

Mengulas lanjut, Reezal berkata, Matrade yakin dalam mencapai RM1.58 trilion jualan pasaran eksport pada tahun ini. 

“Angka itu, yang menyamai pencapaian rekod pada tahun 2024, disifatkan sebagai sasaran yang ‘rendah diri’, sambil menegaskan komitmen agensi tersebut untuk tidak mencatat pencapaian lebih rendah daripada penanda aras itu,” katanya. 

MIHAS edisi ke-21 menampilkan 2,380 pempamer dari 45 negara, dijangka menarik 43,000 pengunjung dari 90 negara.-UTUSAN

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...