Home Ekonomi Ringgit teruskan momentum mengukuh susulan kelemahan dolar
Ekonomi

Ringgit teruskan momentum mengukuh susulan kelemahan dolar

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 30 April- Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Rabu ketika Indeks Dolar AS (DXY) kekal di bawah paras 100 mata susulan permintaan yang lemah, kata ahli ekonomi.

Pada 6 petang, ringgit menokok ke paras 4.3130/3185 berbanding dolar AS daripada 4.3245/3300, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ketidaktentuan berterusan berkaitan isu tarif AS hanya menjejaskan permintaan terhadap mata wang negara maju itu.

“Ini hanya menimbulkan persoalan mengenai status dolar AS sebagai mata wang selamat yang lazimnya tidak terjejas ketika berlakunya masalah ekonomi,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit dijangka terus memanfaatkan naratif mengenai senario terburuk membabitkan tarif timbal balas AS.

“Ringgit sedang mendapat suntikan dorongan spekulatif (aktiviti spekulasi pelabur) yang ketara dalam pasaran,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ini termasuk mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.0142/0182 daripada 3.0301/0341 semalam, naik berbanding euro kepada 4.9009/9071 daripada 4.9217/9280 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7626/7699 daripada 5.7927/8000.

Berbanding mata wang serantau ASEAN, ringgit mencatat prestasi bercampur-campur.

Ringgit mendatar berbanding dolar Singapura pada 3.3027/3074 namun mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.9066/9304 daripada 12.9399/9629, semalam.

Prestasi ringgit berbanding peso Filipina sebaliknya susut kepada 7.72/7.73 daripada 7.70/7.72 semalam dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 259.7/260.2 daripada 257.9/258.4.

Pasaran akan ditutup esok bersempena cuti umum Hari Pekerja.-Livevartha

Related Articles

GLIC laksana gaji kehidupan wajar RM3,100
Ekonomi

GLIC laksana gaji kehidupan wajar RM3,100

PETALING JAYA: Sebanyak enam Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) telah melaksanakan dasar...

Hartanah Kenyalang sasar RM19.3 juta melalui IPO di Pasaran ACE
Ekonomi

Hartanah Kenyalang sasar RM19.3 juta melalui IPO di Pasaran ACE

SEAH Boon Tiat (tiga dari kiri) bersama barisan pengurusan kanan kumpulan semasa...

Bursa Malaysia mengalami peningkatan sejajar prestasi kukuh pasaran saham global
Ekonomi

Bursa Malaysia mengalami peningkatan sejajar prestasi kukuh pasaran saham global

BURSA Malaysia.PETALING JAYA: Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan sejajar dengan prestasi kukuh pasaran...

Pendaftaran syarikat baharu di Labuan IBFC naik 9 peratus
Ekonomi

Pendaftaran syarikat baharu di Labuan IBFC naik 9 peratus

NIK Mohamed Din Nik Musa (tengah) pada sesi Laporan Pemasaran Labuan IBFC,...