Home Pasaran Pengeluaran Dijangka Meningkat, Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah
Pasaran

Pengeluaran Dijangka Meningkat, Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Pengeluaran Dijangka Meningkat, Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

David Ng

Dr Sathia Varqa

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 28 April(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (CPO) bagi Bursa Malaysia Derivatives berakhir lebih rendah hari ini, diasakoleh jangkaan peningkatan pengeluaran dalam beberapa minggu akan datang dan harga minyak kacang soya yang lebih lemah, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata paras sokongan bagi MSM berada pada RM3,850 satu tan manakala paras rintangan pada RM4,080 satu tan.

Mengulangi sentimen sama, Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Dr Sathia Varqa berkata pasaran menyaksikan pengambilan untung susulan kenaikan ketara pada minggu lepas.

Ini, katanya, ditambah dengan kerugianminyak sayuranberkaitan, sentimen berhati-hati menjelang anggaran bekalan dan permintaan Aprilsertapeningkatan pengeluaran yang menjejaskanniaga hadapan MSM.

Aktiviti pengambilan untung turut dilaporkan dalam niaga hadapan minyak sayuran China, khususnya di Bursa Komoditi Dalian dan Bursa Komoditi Zhengzhou yang hanya meningkatkan lagi sentimen penurunan ini.

Sewaktu ditutup, kontrak Mei 2025 susut RM99 kepada RM4,040 satu tan;Jun 2025 turun RM95 kepada RM3,989 satu tan;Julai 2025 berkurangan RM92 kepada RM3,965 satu tandan Ogos 2025 turun sebanyak RM85 kepada RM3,962 satu tan.

Kontrak September 2025 susut RM83 kepada RM3,956 satu tandan Oktober 2025 turunRM78 kepada RM3,951 satu tan.

Jumlah dagangan berkurangankepada 51,205 lot daripada 92,662 lot pada Jumaat lepasmanakala minat terbuka turunkepada 236,253 kontrak daripada 239,137 kontrak sebelum ini.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...