KUALA LUMPUR, 30 April (Livevartha)–Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan kenaikan Wall Street dipacu olehkemerosotanhasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan penurunan tarif oleh Rumah Putih termasuk penarikan semula tarif berkaitan kereta sebanyak 25 peratus.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.30mata kepada 1,519.86daripada 1,515.56ketika ditutup semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka 2.51mata lebih tinggi kepada 1,518.07.
Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 146berbanding 93, dengan 200kaunter tidak berubah, 1,980kaunter tidak diniagakan dan 96yang lain digantung.
Jumlah dagangan mencecah 65.22juta saham bernilai RM26.55juta.
Dilaporkan bahawa Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat (AS) Howard Lutnick berkata pentadbiran Presiden AS Donald Trump telah mencapai perjanjian perdagangan pertamanya bagaimanapunenggan menamakan negara tersebut.
Dalam pada itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata perjanjian perdagangan boleh memacu momentum trend menaikdalam pasaran selain keyakinan terhadap pendapatan saham bermodal besar akan datang.
"Memandangkan prestasi Wall Street yang positif, kami tetap optimis bahawa momentum belian mungkin berterusan walaupun kenaikan harga mungkin dihadkan disebabkan cuti umum Hari Pekerja," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Peniaga juga akan memantau keluaran suku pertama AS bagi hasil Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan data Indeks Pengurus Pembelian (IPP) bagi pembuatan China pada April.