Home Pasaran Harga Minyak Soya, Unjuran Pengeluaran Jejas Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah
Pasaran

Harga Minyak Soya, Unjuran Pengeluaran Jejas Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Harga Minyak Soya, Unjuran Pengeluaran Jejas Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 29 April(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, diasak kelemahan harga minyak kacang soyadi Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) dan kebimbangan mengenai peningkatan pengeluaran dalam beberapa minggu akan datang.

Peniaga Minyak Sawit David Ng berkataharga minyak kacang soya susut selepas peniaga meneliti kemungkinan bekalan minyak bijian global lebih tinggiyang seterusnya menjejaskan sentimen pasaran minyak sawit.

“Penurunan harga minyak kacang soya baru-baru ini didorong terutamanya oleh jangkaan keadaan tanaman lebih baik di kawasan pengeluar utama yang hanya mencetuskan sentimen kurang memberangsangkanbagi minyak makan," katanya kepada Livevartha.

Ng juga membangkitkan kebimbangan berkaitan peningkatan pengeluaran MSM susulan pemulihan bermusim pengeluaran yang lazimnya dilihat pada suku kedua tahun iniyang boleh memberi tekanan ke atas harga.

Berikutan perkembangan itu, beliau mengunjurkanparas sokongan segera pada RM3,850 satu tan manakala rintangan pada RM4,080 satu tan.

Pada akhir urus niaga hari ini, kontrak Mei 2025 turun RM30 kepada RM4,010 satu tan, Jun 2025 berkurangan RM16 kepada RM3,973 satu tan manakalaJulai 2025 berkurangan RM22 kepada RM3,943 satu tan.

KontrakOgos 2025 susut RM27 kepada RM3,935 satu tan, September 2025 berkurangan RM28 kepada RM3,928 satu tandan Oktober 2025 menguncup RM27 kepada RM3,924 satu tan.

Harga MSM fizikal bagi Mei Selatan berada padaRM4,100 satu tan.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...