Home Pasaran Pasaran Getah Teruskan Penurunan Seiring Pengukuhan Ringgit
Pasaran

Pasaran Getah Teruskan Penurunan Seiring Pengukuhan Ringgit

Pasaran Getah Teruskan Penurunan Seiring Pengukuhan Ringgit

–fotoLivevartha

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 29 April(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia melanjutkan aliran menurun hari ini seiring dengan pasaran hadapan getah serantau dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila China menangguhkan rangsangan tambahan, kata seorang peniaga.

Beliau memberitahu Livevartha bahawa penurunan harga minyak di tengah-tengah perang perdagangan AS-China yang berterusan turut menjejaskan sentimen pasaran.

"Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh keyakinan pasaran terhadap pelepasan tarif automotif olehPresiden AS Donald Trump dan prospek permintaan getah asli yang cerah yang dilaporkan oleh Persatuan Negara-Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC),” tambahnya.

Pada3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan bahawa harga Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 turun 9.0 sen kepada 738.50 sen sekilogram, manakala susu getah pukal susut 5.0 sen kepada 661.50 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...