Wednesday , 30 April 2025
Home Nasional Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia
Nasional

Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia

Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia

Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu diberi kawalan kehormat dalam satu majlis pelepasan rasmi di Kompleks Bunga Raya

SEPANG, 30 April- Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu berlepas pulang selepas menamatkan lawatan rasmi empat hari ke Malaysia hari ini.

Pesawat Maldivian Airlines yang membawa Muizzu dan delegasinya berlepas dari Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 8.00 pagi tadi.

Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) diketuai Kapten Lingesri Rao Jeyarajan mengadakan kawalan kehormat dalam satu majlis pelepasan rasmi di Kompleks Bunga Raya pada 7.45 pagi.

Turut hadir bagi mengucapkan selamat jalan kepada Muizzu ialah Menteri KesihatanDatuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang juga menteri pengiring semasa lawatan berkenaan.

Muizzu tiba di Malaysia pada Ahad lepas atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden Maldives pada November 2023.

Terdahulu Muizzu dalam lawatan selama empat hari telah menyaksikan perjumpaan mesyuarat bilateral serta beberapa memorandum persefahaman (MoU) dan Pertukaran Nota (EoN) merangkumi pelbagai sektor termasuk pelancongan, kesihatan dan sukan, dalam usaha memperkukuh kerjasama dua hala demi manfaat bersama.

Pada tahun 2024, jumlah perdagangan Malaysia dengan Maldives meningkat sebanyak 4.3 peratus kepada 189 Juta US DOLAR(862.7 Juta Ringgit), berbanding 180.9 Juta US Dolar (827.3 Juta Ringgit) pada tahun 2023.

Peningkatan itu menjadikan Maldives rakan dagangan keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Selatan.

Related Articles

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500
Nasional

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500

Foto KPDN LABUAN, 30 April- Seorang lelaki tempatan didenda Mahkamah Sesyen di...

Semua pihak harus berani bertindak, tangani gangguan seksual
Nasional

Semua pihak harus berani bertindak, tangani gangguan seksual

Tangkap layar rakaman video pemandu e-hailing ketika ditahan orang awamKUCHING, 30 April-...

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau
Nasional

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau

Foto FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 29 April – Perdana Menteri, Datuk Seri...

Anwar ucap tahniah kepada Perdana Menteri baharu Kanada
Nasional

Anwar ucap tahniah kepada Perdana Menteri baharu Kanada

Foto ReutersKUALA LUMPUR, 29 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...