Home Ekonomi Lebih 260 juta transaksi direkod menerusi e-Invois setakat April 2025
Ekonomi

Lebih 260 juta transaksi direkod menerusi e-Invois setakat April 2025

Hampir 29,000 syarikat telah melaksanakan sistem e-Invois membabitkan lebih 262 juta transaksi setakat 28 April 2025 / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 29 April – Hampir 29,000 syarikat telah melaksanakan sistem e-Invois membabitkan lebih 262 juta transaksi setakat 28 April 2025, menurut Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.

Beliau memaklumkan, pencapaian tersebut melibatkan 5,400 pembayar cukai Fasa Pertama dan 12,600 pembayar cukai Fasa Kedua yang mula melaksanakan sistem tersebut sejak 1 Januari lalu.

Selain itu, lebih 11,000 pembayar cukai Fasa Ketiga telah mengambil langkah proaktif melaksanakan e-Invois secara sukarela sebelum tarikh mandatori yang ditetapkan pada 1 Julai 2025.

“Pada masa ini, tujuan utama pelaksanaan e-Invois adalah untuk memastikan perniagaan bergerak ke arah pendigitalan. Buat masa ini, tiada penambahan pendapatan hasil daripada pelaksanaan e-Invois oleh LHDN.

\”Fokus kita adalah untuk memastikan para peniaga, terutamanya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), mahir menggunakan sistem ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Jelajah Mega e-Invois 2025 di sini hari ini.

Program jelajah itu merupakan antara inisiatif utama kerajaan untuk memastikan pembayar cukai, terutamanya kumpulan PMKS dalam Fasa Ketiga dan Keempat, mendapat pendedahan serta panduan jelas mengenai pelaksanaan sistem e-Invois.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...