Home Ekonomi MITI pantau penyalahgunaan label Buatan Malaysia, janji tindakan tegas
Ekonomi

MITI pantau penyalahgunaan label Buatan Malaysia, janji tindakan tegas

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 29 April – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memberi jaminan akan memantau rapi sebarang aktiviti penyalahgunaan label eksport termasuk pemalsuan label “Buatan Malaysia” bagi tujuan pengelakkan tarif.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah memalsukan label bagi mengeksploitasi kelebihan tarif di negara ini.

“Kalau ada laporan kepada kita, memang kita akan ambil tindakan. Apa-apa yang melanggar undang-undang, kita akan bertindak tegas. Kalau benar perkara itu berlaku, kita perlukan fakta dan data untuk tindakan sewajarnya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Ramah Mesra Aidilfitri MITI dan Agensi 2025, hari ini.

Kenyataan beliau hadir susulan laporan portal berita antarabangsa minggu lalu yang mendedahkan kewujudan firma logistik luar negara yang didakwa menawarkan perkhidmatan memalsukan nilai penghantaran kepada peniaga dalam talian.

Laporan tersebut turut menyebut terdapat syarikat kargo yang mengubah laluan produk dan mengisytiharkannya sebagai barangan dari Malaysia untuk menikmati tarif lebih rendah.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...