Home Ekonomi OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini
Ekonomi

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini

KADAR Dasar Semalaman (OPR) dijangka turun kepada 2.75 peratus pada Julai ini berikutan ketidaktentuan tarif perdagangan global. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menurunkan Kadar Dasar Semalam sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus pada 9 Julai ini, bagi menangani kebimbangan pertumbuhan yang dikaitkan dengan tarif perdagangan oleh Amerika Syarikat (AS).

CIMB Investment Bank Berhad berkata, jangkaan pemotongan kadar faedah tersebut juga didorong oleh ketidaktentuan perdagangan global.

“Memandangkan inflasi kini berada di bawah purata 12 bulan, (Mac: 1.4 peratus) ini memberi ruang kepada BNM untuk mempertimbangkan penurunan OPR.

“Kami menjangkakan BNM akan mengurangkan OPR kepada 2.75 peratus pada 9 Julai, memintas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM pada Mei ini untuk membolehkan bank pusat menilai lebih data makroekonomi, khususnya berkaitan perdagangan luar selepas ‘Hari Pembebasan’ tarif AS, serta rundingan perdagangan AS.

“Mesyuarat MPC pada Julai juga menandakan berakhirnya penangguhan tarif 90 hari AS,” katanya dalam nota penyelidikan.

Bank pelaburan berkata, unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terkini Malaysia susut kepada 4.4 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2025, berbanding 5.0 peratus pada suku keempat 2024, sedikit di bawah ramalannya sebanyak 4.5 peratus dan konsensus Bloomberg sebanyak 4.8 peratus.

Sementara itu, firma penyelidikan pasaran, TA Research mengekalkan pandangannya bahawa BNM bakal mengekalkan OPR pada tiga peratus untuk sepanjang tahun ini, sekiranya tiada sebarang kejutan ketara pada prospek inflasi.

Jelasnya, ketika inflasi Mac lalu turun kepada 1.4 peratus daripada 1.5 peratus pada Februari, risiko kenaikan inflasi kekal termasuk rasionalisasi subsidi bahan api, pelarasan harga dan kesan limpahan kenaikan gaji sektor awam.

“Harga komoditi global yang tidak menentu dan turun naik kadar tukaran asing boleh mencetuskan tekanan inflasi untuk barangan import, dengan rasionalisasi RON95 boleh menghakis pendapatan boleh guna serta membebankan perbelanjaan budi bicara.

“Bagaimanapun dengan ketegangan perdagangan global semakin memuncak, kami tidak pasti sama ada kerajaan akan meneruskan rasionalisasi subsidi yang dirancang pada separuh tahun kedua,” ujarnya.

Firma berkata, pihaknya menjangkakan kadar inflasi sekitar dua hingga tiga peratus untuk 2025. – UTUSAN

Related Articles

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion
Ekonomi

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion

Orang ramai menjadikan Kompleks Sogo salah satu pusat beli belah utama untuk...

Pendekatan wilayah jamin keadilan pekebun kecil hadapi EUDR
Ekonomi

Pendekatan wilayah jamin keadilan pekebun kecil hadapi EUDR

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Pendekatan wilayah dilihat sebagai jalan tengah yang lebih adil...

Ringgit dijangka susut ke paras RM4.35 sedolar AS minggu ini
Ekonomi

Ringgit dijangka susut ke paras RM4.35 sedolar AS minggu ini

RINGGIT dijangka melemah pada minggu ini susulan pengukuhan nilai dolar Amerika Syarikat....