Home Ekonomi Sime Darby Property, TNB terajui komuniti untuk memanfaatkan tenaga solar
Ekonomi

Sime Darby Property, TNB terajui komuniti untuk memanfaatkan tenaga solar

Sime Darby Property, TNB terajui komuniti untuk memanfaatkan tenaga solar

SIME Darby Property akan memeterai perjanjian pajakan dengan pemilik rumah kediaman yang berminat untuk menyertai program ini, bermula dengan mereka di City of Elmina.

PETALING JAYA: Sime Darby Property dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB), menjadi syarikat pertama di Malaysia yang memanfaatkan tenaga solar untuk komuniti di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Inisiatif itu di bawah Mekanisme Pengagregatan Tenaga Boleh Diperbaharui Komuniti (CREAM) yang diperkenalkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) pada Mac 2025. 

Ia memperkasakan penjanaan tenaga boleh diperbaharui berasaskan komuniti dan menggalakkan akses yang lebih luas kepada elektrik hijau melalui Penjana dan Agregator Tenaga Tempatan (LEGA).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Property, Datuk Seri Azmir Merican berkata, penyertaan syarikat dalam inisiatif CREAM bersama TNB memperkenalkan model praktikal dan berskala untuk membuka kunci kapasiti penjanaan solar dari dalam perbandarannya.

“Dengan memajak ruang bumbung daripada hartanah kediaman, tanpa memerlukan pemilik rumah memasang panel, kami membolehkan penjanaan tenaga bersih yang menyokong pembangunan komersial dan perindustrian kami yang berdekatan.

“Pendekatan ini melengkapkan strategi penyahkarbonan kami yang lebih luas, sejajar dengan objektif tenaga negara dan secara langsung menyumbang kepada sasaran pengurangan pelepasan kami,” katanya dalam kenyataan.

Dengan menjadi LEGA pertama negara di bawah dasar CREAM, Sime Darby Property menekankan komitmennya terhadap pembangunan inklusif dan mampan dalam menyokong wawasan PETRA dan matlamat tenaga boleh diperbaharui negara.

Syarikat telah komited untuk mengurangkan pelepasan Skop 1 dan 2 sebanyak 40 peratus menjelang 2030 dan mencapai pelepasan karbon bersih-sifar menjelang 2050.

Bekerjasama dengan anak syarikat solar TNB, GSPARX Sdn. Bhd. (GSPARX), Sime Darby Property akan memeterai perjanjian pajakan dengan pemilik rumah kediaman yang berminat untuk menyertai program ini, bermula dengan mereka di City of Elmina.

“Bahagian atas bumbung rumah yang mengambil bahagian akan digunakan untuk menjana elektrik, yang akan dieksport melalui talian pengedaran tempatan dalam radius lima kilometer (km) untuk digunakan di pembangunan komersial dan perindustrian Sime Darby Property.

“Pendekatan diperkemas ini bukan sahaja mencerminkan usaha tenaga boleh diperbaharui oleh syarikat tetapi juga menyokong agenda negara untuk beralih kepada tenaga hijau secara mampan dan cekap,” katanya.

Melalui projek perintis ini, Sime Darby Property dan TNB menyumbang ke arah sasaran Malaysia untuk mencapai 70 peratus kapasiti tenaga boleh diperbaharui menjelang 2050, seperti yang digariskan di bawah hala tuju strategik NETR dan PETRA.-UTUSAN

Related Articles

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion
Ekonomi

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion

Orang ramai menjadikan Kompleks Sogo salah satu pusat beli belah utama untuk...

Pendekatan wilayah jamin keadilan pekebun kecil hadapi EUDR
Ekonomi

Pendekatan wilayah jamin keadilan pekebun kecil hadapi EUDR

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Pendekatan wilayah dilihat sebagai jalan tengah yang lebih adil...

Ringgit dijangka susut ke paras RM4.35 sedolar AS minggu ini
Ekonomi

Ringgit dijangka susut ke paras RM4.35 sedolar AS minggu ini

RINGGIT dijangka melemah pada minggu ini susulan pengukuhan nilai dolar Amerika Syarikat....