Home Ekonomi PLI, Glide Technology kerjasama dalam pengedaran minyak penebat
Ekonomi

PLI, Glide Technology kerjasama dalam pengedaran minyak penebat

PLI, Glide Technology kerjasama dalam pengedaran minyak penebat

KUALA LUMPUR: Petronas Lubricants International (PLI) menjalinkan kerjasama dengan pengeluar minyak pelincir tempatan, Glide Technology Sdn. Bhd. (GLIDE) bagi mengeluarkan minyak penebat untuk kegunaan industri tenaga tempatan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PLI, Khalil Muri berkata, PLI akan menyediakan formulas menerusi kerjasama itu, manakala Glide akan mengeluarkan minyak penebat berkenaan di bawah jenama Petronas Tranol Glide.

Katanya, minyak penebat memainkan peranan penting dalam operasi transformer yang merupakan teras utama pencawang elektrik.

“Kepakaran dan keupayaan PLI yang terbukti dalam menyediakan penyelesaian industri dan produk berkualiti tinggi akan membolehkan kami menyokong pertumbuhan sektor industri negara yang terus mencatatkan trajektori peningkatan sejak beberapa dekad lalu.

“Rangkaian Petronas Tranol Glide dihasilkan untuk mengekalkan dan meningkatkan prestasi sistem tenaga bagi menyokong pertumbuhan ini,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara kedua-dua syarikat pengeluar pelincir itu di sini hari ini. 

Menerusi kerjasama dengan PLI, GLIDE akan mengeluarkan Petronas Tranol Glide di fasilitinya untuk pengedaran dalam negara.

Mengulas mengenai kerjasama itu Presiden Kumpulan Syarikat Glide, Datuk Muhazli Muhamad berkata, perjanjian dengan PLI merupakan detik penting dalam perjalanan pertumbuhan dan transformasi Glide. 

“la mengesahkan keupayaan pasaran dan teknikal kami, memperkukuh peranan kami dalam ekosistem tenaga negara.

“Ia sekali gus dapat meneguhkan komitmen syarikat dalam menyokong pembangunan industri negara melalui penyelesaian minyak penebat bertaraf dunia keluaran tempatan,” ujarnya. 

Dalam pada itu, beliau berkata, pada masa ini syarikat telah mula menghasilkan produk bagi kategori voltan rendah, yang terdiri daripada dua jenis iaitu terhalang (inhibited) untuk voltan tinggi dan tidak terhalang (uninhibited) untuk voltan rendah.

“Dengan kerjasama bersama Petronas, kami akan meliputi kedua-dua kategori produk ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa Glide turut merancang untuk membangunkan fasiliti baru di lokasi strategik seperti di Nilai.

“Kami mempunyai projek baharu di kawasan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang akan dijadikan pusat operasi, bukan sahaja untuk sektor tenaga, tetapi juga untuk sektor inovasi.

“Bagi mendirikan satu fasiliti baharu dengan kapasiti setara yang sedia ada, kami memerlukan sekurang-kurangnya RM30 juta. 

“Fasiliti ini akan berfungsi secara pelbagai guna, bukan sahaja terhad kepada produk minyak penebat, malah termasuk produk kimia untuk pasaran tempatan dan antarabangsa,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...