Home Nasional Kemenangan besar BN di Ayer Kuning bukti sokongan rakyat terhadap agenda kestabilan
Nasional

Kemenangan besar BN di Ayer Kuning bukti sokongan rakyat terhadap agenda kestabilan

Kemenangan besar BN di Ayer Kuning bukti sokongan rakyat terhadap agenda kestabilan

Pengarah Pilihan Raya BN yang juga Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad pada sidang media sempena kemenangan Calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Dewan Merdeka Tapah

TAPAH, 27 April – Majoriti besar yang diperolehi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menjadi bukti jelas sokongan pengundi terhadap agenda kestabilan yang dibawa Kerajaan Perpaduan.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia memberi isyarat jelas bahawa penduduk di kawasan itu menolak politik fitnah.

\”Ini sesuatu yang baik kerana ia telah menggambarkan bagaimana pengundi Ayer Kuning ini cintakan kepada perdamaian yang tidak sukakan kepada provokasi, tidak suka cari gaduh dan mereka menolak sesiapa juga yang membuat fitnah.

\”Sebab itu, saya sebutkan dalam wawancara hari tu, mereka yang dari luar itu dia bercakap ikut sedap mulut, dia menyebabkan pengundi-pengundi Ayer Kuning ini menjadi huru hara,\” kata Saarani.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman rasmi keputusan PRK DUN Ayer Kuning di Dewan Merdeka, di sini.

Tambah beliau, kemenangan berkenaan tidak akan tercapai tanpa usaha gigih semua pihak termasuk jentera BN dan Pakatan Harapan yang bekerja keras sepanjang tempoh berkempen.

Saarani turut memberi komitmen bagi membantu wakil rakyat Ayer Kuning yang baharu, Dr Mohamad Yusri Bakir untuk memberi khidmat kepada penduduk di kawasannya.

Sementara itu, Mohamad Yusri mahu merealisasikan manifesto dan janjinya untuk membantu rakyat serta membangunkan Ayer Kuning.

\”Insya-Allah apa yang kita tawarkan dan kita tekad tawarkan dalam manifesto itu, Insya-Allah kita akan usahakan sehingga mencapai tahap yang baik untuk keselesaan dan kebaikan penduduk di kawasan, terutamanya DUN Ayer Kuning ini,\” kata Yusri.

BN berjaya mempertahankan kerusi DUN Ayer Kuning apabila calonnya, Dr Mohamad Yusri Bakir menang dengan majoriti 5,006 undi dalam saingan tiga penjuru.

Beliau meraih 11,065 undi untuk menewaskan Abd Muhaimin Malek daripada Perikatan Nasional yang memperoleh 6,059 undi dan calon Parti Sosialis Malaysia Bawani KS 1,106 undi.

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...