Home Nasional Pelan Hala Tuju Grid Tenaga ASEAN, sasar kerjasama semua negara anggota
Nasional

Pelan Hala Tuju Grid Tenaga ASEAN, sasar kerjasama semua negara anggota

Pelan Hala Tuju Grid Tenaga ASEAN, sasar kerjasama semua negara anggota

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof / BERNAMA

LONDON, 25 April– Tumpuan ASEAN tahun ini untuk memuktamadkan Pelan Hala Tuju Grid Tenaga ASEAN (APG).

Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia menyasarkan kerjasama semua negara anggota bagi merealisasikannya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ASEAN perlu ada suatu sistem standard antara negara dalam sambungan grid tenaga.

\”Yang ketiga ialah business model yang perlu kita bincangkan supaya ianya akan memanfaatkan keseluruhan ahli dalam ASEAN itu sendiri, bukan memanfaatkan mana-mana satu negara tapi semua akan dapat manfaat.

\”Ini untuk memastikan keterjaminan bekalan, kedua kemampuan dari segi pembayaran oleh pengguna, ketiga ialah untuk kita menjaga alam sekitar.

\”Sekarang ini, kita perlu kolaborasi dan kerjasama erat semua diantara semua negara sebab semua negara dapat manfaat dengan adanya ASEAN Power Grid ini\”, katanya.

Beliau ditemui selepas Sesi Plenari AkhirSidang Kemuncak Mengenai Masa Depan Keselamatan Tenaga di Lancaster House di sini.

Dalam pada itu, Malaysia dan United Kingdom (UK) memperkukuh kerjasama dalam bidang tenaga terutama mempelajari aspek teknologi sistem yang digunakan UK bagi penjanaan tenaga.

\”Dimana kita boleh menjalin kerjasama khususnya dalam bidang-bidang yang mereka (UK) ada kelebihan dari segi teknologi dan juga untuk mempelajari dari segi sistem mereka dan bagaimana mereka membuat pertukaran atau trading antara UK dengan negara dalam rantau Eropah.

\”Itu bidang-bidang yang kita nak lihat. Dan pada masa yang sama, mereka telah bersetuju untuk kerjasama dengan kita dan akan susul hasil perbincangan itu diperingkat pegawai, mereka akan beri maklumat-maklumat terperinci\”, katanya.

Perkara itu dicapai dalam pertemuan Datuk Seri Fadillah dengan Setiausaha Negara Keselamatan Tenaga dan sifar bersih United Kingdom, Ed Miliband di London.

Beliau turut mengadakan pertemuan dengan Pengarah Eksekutif Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), Dr Fatih Birol bagi membincangkan berhubung aspek latihan dalam memperkukuh bekalan tenaga bersih.

Related Articles

49 PATI ditahan Imigresen dalam operasi di Nilai
Nasional

49 PATI ditahan Imigresen dalam operasi di Nilai

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Jafri Embok Taha / Foto RTMNILAI, 26...

Fadillah sasar TBB negara capai 70 peratus menjelang 2050
Nasional

Fadillah sasar TBB negara capai 70 peratus menjelang 2050

Foto Facebook Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 25 April- Sasaran tenaga boleh baharu...

Langkah proaktif cari pasaran baharu perkukuh daya saing peringkat global
Nasional

Langkah proaktif cari pasaran baharu perkukuh daya saing peringkat global

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Tahun...

Draf PTKL 2040 di fasa akhir, rujukan utama pembangunan Kuala Lumpur
Nasional

Draf PTKL 2040 di fasa akhir, rujukan utama pembangunan Kuala Lumpur

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa/BERNAMAPUTRAJAYA,...