Home Ekonomi Ekonomi Malaysia mampu bertahan, terus pamer daya saing di peringkat global
Ekonomi

Ekonomi Malaysia mampu bertahan, terus pamer daya saing di peringkat global

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 25 April- Ekonomi Malaysia masih mampu bertahan dan terus mempamerkan daya saing di peringkat global ketika ini, walaupun berdepan tekanan pelaksanaan tarif baharu Amerika Syarikat (AS).

Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad berpandangan, hubungan dagangan yang kukuh dengan kuasa besar lain serta beberapa negara serantau akan mengimbangi sebarang risiko ketidaktentuan ketika ini.

\”Harus diingat bahawa Malaysia masih lagi mempunyai hubungan rapat dengan kuasa-kuasa besar ekonomi lain seperti China, India, Rusia, Jepan termasuk juga negara ASEAN seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan negea-negara lain.

\”Ini jelas menunjukkan keupayaan Malaysia untuk terus menjana pendapatan yang mampu memberi pulangan baik kepada negara di samping memastikan hubungan rapat dengan negara-negara tersebut,\” katanya ketika dihubungi RTM.

Dalam pada itu berkenaan semakan semula pertumbuhan ekonomi global atau sesebuah negara oleh institusi kewangan antarabangsa dan firma penyelidikan adalah perkara lazim.

Ia mengambil kira keadaan ekonomi semasa dan peralihan dasar di peringkat global mahupun domestik.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...