Home Ekonomi Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April
Ekonomi

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April

FOTO HIASAN / Livevartha

KUALA LUMPUR, 23 April- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara kekal tidak berubah, masing-masing pada RM3.18 dan RM2.05 seliter dari 24 hingga 30 April ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan malam ini memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga tidak berubah, iaitu RM2.88 seliter manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada harga RM2.15 seliter bagi tempoh sama.

Kenyataan itu menjelaskan harga ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan bagi produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

\”Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak global dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,\” menurut kenyataan itu.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 April– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat...

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus
Ekonomi

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus

IMF menyemak turun pertumbuhan ekonomi negara kepada 4.1 peratus tahun ini. –...

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan
Ekonomi

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan

CADANGAN kenaikan caj pelabuhan secara berfasa dijangka tidak membebankan industri. – GAMBAR...

LZS kutip zakat RM1.22 bilion pada 2024, tertinggi dalam sejarah
Ekonomi

LZS kutip zakat RM1.22 bilion pada 2024, tertinggi dalam sejarah

SYED Anwar Jamalullail (kiri) bersama Mohd Khaidzir Shahari (kanan) bergambar pada sidang...