Home Ekonomi Inflasi kekal terkawal, hasil fiskal dan pengurusan ekonomi konsisten
Ekonomi

Inflasi kekal terkawal, hasil fiskal dan pengurusan ekonomi konsisten

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 23 April – Kadar inflasi yang kekal di bawah dua peratus merupakan hasil daripada dasar fiskal dan pengurusan ekonomi yang konsisten.

Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, momentum yang berjaya dikekalkan sejak Mac 2024 itu pencapaian yang baik, terutama dalam suasana ekonomi global tidak menentu.

Laporan inflasi oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi Mac 2025 menunjukkan, kadar inflasi negara meningkat perlahan kepada 1.4 peratus, lebih rendah berbanding Februari 2025.

\”Jika diteliti, beberapa kategori perbelanjaan asas rakyat, bukan sahaja stabil, malah menunjukkan penurunan harga.

\”Harga keseluruhan daging turun 0.4 peratus, dipacu penurunan harga daging lembu tempatan sebanyak 4.3 peratus. Harga beras juga terus menurun sebanyak 0.9 peratus,\” kata Rafizi.

Tambahnya, kerajaan akan terus memantau dan memastikan kadar inflasi kekal terkawal, agar rakyat dapat merancang kehidupan dan kewangan dengan lebih yakin.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 April– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat...

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus
Ekonomi

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus

IMF menyemak turun pertumbuhan ekonomi negara kepada 4.1 peratus tahun ini. –...

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan
Ekonomi

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan

CADANGAN kenaikan caj pelabuhan secara berfasa dijangka tidak membebankan industri. – GAMBAR...

Ekonomi

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April

FOTO HIASAN / LivevarthaKUALA LUMPUR, 23 April- Harga runcit petrol RON97 dan...