Wednesday , 23 April 2025
Home Nasional Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025
Nasional

Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025

Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Turkiye Alparslan Bayraktar/ BERNAMA

ISTANBUL, 23 April- Turkiye berminat untuk menjadi Rakan Dialog ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada Mei dan September ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata perkara itu disuarakan Naib Presiden Turki Cevdet Yilmaz ketika kunjungan hormat beliau ke atas Yilmaz pada Selasa di Ankara, yang merupakan sebahagian daripada rangka lawatan kerja ke Turkiye selama dua hari.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata Turkiye berharap Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dapat menyokong hasrat itu.

\”Untuk menjadi Rakan Dialog, Turkiye perlu dapat persetujuan secara konsensus dari semua negara anggota ASEAN. Jadi, saya sendiri akan sampaikan hasrat itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dibincangkan dengan kepimpinan di peringkat ASEAN, kalau dipersetujui sudah pasti mereka akan dijemput.

\”Bagaimanapun, untuk segmen perniagaan semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN pada September nanti, kita boleh jemput mereka (Turkiye), mungkin mereka mahu membentangkan apa-apa saja, itu lebih kepada perniagaan, bukan asas Rakan Dialog. Asas entiti perniagaan yang terlibat dalam forum dan sebagainya, itu mungkin boleh kita laksanakan,\” katanya kepada Bernama di sini malam tadi.

Fadillah berkata Turkiye juga berminat untuk mengetahui persediaan Malaysia menghadapi kesan tarif Amerika Syarikat (AS) selain menangani cabaran mendatang.

Beliau juga berkata dalam pertemuan kira-kira sejam itu, beliau menyuarakan minat Malaysia untuk mempelajari kepakaran serta pengalaman dimiliki Turkiye dalam bidang tenaga, teknologi serta pengurusan air.

\”Saya juga melihat pada konteks tenaga, bidang yang boleh kita bekerjasama secara lebih erat dengan pengalaman yang mereka ada terutamanya kita mahu mempelajari cara Turkiye untuk meningkatkan pertukaran eksport tenaga, perdagangan tenaga dalam konteks Eropah,\” katanya.

Turkiye ialah antara negara terbesar dalam penghasilan tenaga boleh baharu (TBB) di benua Eropah dan dunia, dengan keupayaan menghasilkan lebih 50 peratus kapasiti tenaga elektrik daripada sumber penjanaan tenaga bersih seperti solar, hidroelektrik dan geotermal.

Timbalan Perdana Menteri berkata semasa pertemuan itu juga, Yilmaz turut menyatakan hasrat untuk mengurangkan defisit perdagangan antara kedua-dua negara di samping memperkukuh hubungan antara kerajaan dengan kerajaan (G2G), perniagaan dengan perniagaan (B2B) serta rakyat dengan rakyat yang merangkumi kebudayaan dan pertukaran pelajar.

\”Mereka juga mahu meningkatkan jawatankuasa peringkat tinggi yang diwakili oleh menteri dan sebagainya. Ketika ini, sememangnya pejabat kedutaan kita sedang memperincikan perkara ini dengan pihak Turkiye,\” katanya.- BERNAMA

Related Articles

Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara
Nasional

Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara

Dr. Muhammad Shamshinor Abdul AzzisKUALA LUMPUR, 23 April- Langkah mewajibkan pelajar untuk...

KENDANA, WAJA jalin kerjasama tingkatkan standard penjagaan warga emas
Nasional

KENDANA, WAJA jalin kerjasama tingkatkan standard penjagaan warga emas

Ketua Pegawai Eksekutif KENDANA, Rashidi Yahaya (dua dari kiri) dan Presiden WAJA,...

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan
Nasional

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 23 April- Beberapa daerah di Selangor dilanda banjir...

PENA sokong tindakan kerajaan tangani isu Jalur Gemilang
Nasional

PENA sokong tindakan kerajaan tangani isu Jalur Gemilang

Dr. Mohamad Saleeh RahamadKUALA LUMPUR, 23 April- Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)...