Home Ekonomi Malaysia, tiga negara Asia Tenggara dikenakan duti sel solar
Ekonomi

Malaysia, tiga negara Asia Tenggara dikenakan duti sel solar

Malaysia, tiga negara Asia Tenggara dikenakan duti sel solar

PETALING JAYA: Amerika Syarikat (AS) akan mengenakan duti anti lambakan yang tinggi untuk import sel solar dari Malaysia dan negara jirannya Kemboja, Thailand dan Vietnam.

Menurut laporan Reuters, pegawai perdagangan AS memuktamadkan paras tarif yang tinggi pada kebanyakan sel solar dari Asia Tenggara, satu langkah penting ke arah menyelesaikan kes perdagangan di mana pengeluar AS menuduh syarikat China membanjiri pasaran dengan barangan murah yang tidak adil.

Kadar Malaysia adalah yang terendah pada 8.59 peratus antara duti anti lambakan dan timbal balas (CVD) ke atas empat negara Asia Tenggara tersebut.

Bagaimanapun, ada syarikat tertentu yang berpangkalan di Malaysia dikenakan duti setinggi 81.24 peratus kerana mereka tidak bekerjasama dengan penyiasatan.

Kes itu dibawa tahun lepas oleh Hanwha Qcells Korea, First Solar Inc yang berpangkalan di Arizona, dan beberapa pengeluar yang lebih kecil yang ingin melindungi pelaburan berbilion dolar dalam pembuatan solar AS.

Kumpulan pempetisyen, American Alliance for Solar Manufacturing Trade Committee, menuduh pembuat panel solar China yang besar dengan kilang-kilang di Malaysia, Kemboja, Thailand dan Vietnam yang mengeksport panel berharga di bawah kos pengeluaran mereka dan menerima subsidi tidak adil.

Ini seterusnya menjadikan barangan AS tidak kompetitif.

Tarif yang diumumkan pada hari Isnin berbeza-beza bergantung pada syarikat dan negara, tetapi secara amnya lebih tinggi daripada pengumuman awal yang diumumkan lewat tahun lalu.

Gabungan duti lambakan dan timbal balas ke atas produk Jinko Solar dari Malaysia adalah antara yang terendah pada 41.56 peratus.

Semenatara itu, produk pesaing Trina Solar dari operasinya di Thailand menghadapi tarif sebanyak 375.19 peratus.

Produk dari Kemboja akan menghadapi duti lebih daripada 3,500 peratus kerana pengeluarnya memilih untuk tidak bekerjasama dengan siasatan AS.

Peguam kumpulan pembuatan AS, Tim Brightbill berkata, keputusan tersebut adalah sangat kukuh.

“Kami yakin ini akan menangani amalan perdagangan tidak adil syarikat milik China di empat negara ini, yang telah mencederakan industri pembuatan solar AS terlalu lama,” katanya.

Menurut siasatan itu, Malaysia mengeksport produk solar bernilai AS$1.9 bilion (RM8.31 bilion) ke AS pada 2023, sementara menerima subsidi boleh timbal pada purata 34.41 peratus.

AS juga memutuskan untuk mengenakan import sel fotovoltaik, sama ada dipasang ke dalam modul atau tidak, dengan margin lambakan akhir sebanyak 271.28 peratus untuk Vietnam, 125.37 peratus untuk Kemboja dan 111.45 peratus untuk Thailand.

Bagaimanapun, duti itu masih bergantung pada keputusan Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa, sebuah agensi AS yang berasingan yang mempunyai masa sehingga 2 Jun 2025 untuk membuat penentuan kecederaan terakhirnya sebelum Jabatan Perdagangan menguatkuasakan duti tersebut.-UTUSAN

Related Articles

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion
Ekonomi

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion

Orang ramai menjadikan Kompleks Sogo salah satu pusat beli belah utama untuk...

Pendekatan wilayah jamin keadilan pekebun kecil hadapi EUDR
Ekonomi

Pendekatan wilayah jamin keadilan pekebun kecil hadapi EUDR

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Pendekatan wilayah dilihat sebagai jalan tengah yang lebih adil...

Ringgit dijangka susut ke paras RM4.35 sedolar AS minggu ini
Ekonomi

Ringgit dijangka susut ke paras RM4.35 sedolar AS minggu ini

RINGGIT dijangka melemah pada minggu ini susulan pengukuhan nilai dolar Amerika Syarikat....