Home Ekonomi Produk tempatan tarik minat pelancong, jualan di KLIA naik 40 peratus
Ekonomi

Produk tempatan tarik minat pelancong, jualan di KLIA naik 40 peratus

Foto Hiasan / Bernama

SEPANG, 22 April – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) merekodkan kadar operasi peruncit yang tinggi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dengan hampir 90 peratus daripada premis perniagaan telah beroperasi sepenuhnya.

Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Komersial MAHB, Hani Ezra Hussin berkata peningkatan itu turut disumbang oleh sambutan memberangsangkan terhadap produk buatan tempatan yang mencatat pertumbuhan jualan sebanyak 40 peratus.

“Antara tarikan utama di lapangan terbang ialah barangan buatan Malaysia. Kami gembira apabila ruang lebih luas diberikan kepada produk tempatan seperti di kedai ‘Little Malaysia’ dan ‘The Sense of Malaysia’,” katanya ketika ditemui pada majlis Ceria Aidilfitri MAHB di sini, hari ini.

Menurut beliau, sambutan menggalakkan dalam kalangan pelancong asing terhadap produk tempatan mendorong pihak MAHB untuk memperluaskan penawaran produk tersebut ke lapangan terbang lain di seluruh negara.

Langkah itu merupakan antara inisiatif untuk menyokong usahawan tempatan serta mempromosi identiti Malaysia kepada pelancong antarabangsa.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...