Home Nasional JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF
Nasional

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF

Hospital Tuanku Fauziah

KANGAR, 21 April- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesahkan insiden penyamaran sebagai Penolong Pegawai Perubatan (PPP) oleh seorang lelaki yang tular di TikTok semalam, berlaku di pekarangan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini pada 8 April lalu.

Pengarah Kesihatan negeri Dr Ghazali Chik berkata kejadian itu berlaku pada pukul 9.28 malam dan pelaku dikenal pasti sebagai orang awam berusia 22 tahun yang lengkap berpakaian seragam PPP serta membawa beg peralatan perubatan.

\”Suspek mengaku membeli pakaian seragam PPP dan peralatan berkaitan menerusi platform dalam talian. Dia menyamar kerana mempunyai minat mendalam terhadap profesion itu,\” katanya dalam kenyataan malam ini.

Dr Ghazali berkata JKN Perlis memandang serius perkara itu dan sudah mengarahkan pihak hospital memperketat kawalan keselamatan di seluruh kawasan HTF.

Beliau turut mengingatkan orang awam bahawa penyamaran sebagai penjawat awam adalah satu kesalahan jenayah mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

\”Pihak HTF sudah mengambil tindakan segera dengan memaklumkan perkara itu kepada pengurusan tertinggi jabatan pada hari sama.

\”Laporan polis turut dibuat pada 9 April lepas dan tindakan lanjut diserahkan kepada pihak berkuasa,\” katanya.

Related Articles

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo
Nasional

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMAJAKARTA, 22 April– Timbalan...

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac
Nasional

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac

Foto failKUALA TERENGGANU, 22 April – Sebanyak 37,381 notis atas pelbagai kesalahan...

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media
Nasional

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media

Foto Facebook Datuk Dr. Mohd Naim MokhtarPUTRAJAYA, 22 April- Platform media merupakan...

Ibu bapa, pelajar teruja dan bangga semat lencana Jalur Gemilang
Nasional

Ibu bapa, pelajar teruja dan bangga semat lencana Jalur Gemilang

Ibu bapa dan pelajar menyifatkan pemakaian lencana simbolik itu dianggap sebagai lambang...