Home Nasional Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo
Nasional

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMA

JAKARTA, 22 April– Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, sempena lawatan kerja rasmi beliau ke republik itu.

Pertemuan tersebut dijangka berlangsung di Istana Merdeka, pukul 3.00 petang waktu tempatan, hari ini.

Kedua-dua pemimpin bakal membincangkan pelbagai isu berkepentingan bersama termasuk kerjasama dua hala dalam bidang tertentu.

Perjumpaan penuh bersejarah itu mencerminkan hubungan akrab yang terjalin sejak sekian lama antara Malaysia dan Indonesia.

Semalam, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan kunjungan hormat ke atas Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka dan membincangkan isu-isu semasa serta peluang kerjasama dalam bidang pendidikan, TVET, industri halal, pembangunan luar bandar, dan pengurusanbencana

Lawatan dan pertemuan tersebut sekali gus memperkukuh komitmen bersama dalam usaha mempertingkat hubungan diplomatik dan kerjasama strategik antara Malaysia dan Indonesia ke tahap yang lebih tinggi.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....