Home Ekonomi Kadar jangka pendek dijangka stabil, BNM serap lebihan mudah tunai
Ekonomi

Kadar jangka pendek dijangka stabil, BNM serap lebihan mudah tunai

Foto fail

KUALA LUMPUR, 21 April – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan langkah Bank Negara Malaysia (BNM), menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan berjumlah RM26.96 bilion, manakala dalam dana Islam sebanyak RM19.87 bilion.

BNM dijadualkan menjalankan tiga tender repo berbalik hari ini yang bernilai RM2.4 bilion bagi tempoh tujuh hari, RM1.5 bilion bagi 31 hari dan RM100 juta untuk 91 hari.

Bank pusat itu turut menawarkan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula, serta Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Petang ini, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional hingga RM31.9 bilion serta RM19.9 bilion dalam tender semalaman murabahah.

Related Articles

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini

PERTUMBUHAN keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berisiko lebih rendah tahun ini....

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ
Ekonomi

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) komited dalam kemudahan pembiayaan sebanyak...

Ekonomi

Emas ditutup tinggi susulan ketidaktentuan politik, ekonomi global

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin...

Ekonomi

PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini

PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa...