Home Ekonomi Harga emas cecah rekod tertinggi akibat perang tarif
Ekonomi

Harga emas cecah rekod tertinggi akibat perang tarif

Foto REUTERS

HONG KONG, 21 April-Harga emas mencatatkan rekod baharu pada Isnin manakala dolar Amerika Syarikat terus melemah, dan pasaran saham dunia menunjukkan prestasi bercampur-campur di tengah-tengah kebimbangan terhadap tindakan tarif agresif Presiden Donald Trump serta pertelingkahannya dengan Rizab Persekutuan (Fed).

Dengan beberapa pasaran masih ditutup sempena cuti Easter, aktiviti dagangan agak terhad menjelang minggu penting yang menyaksikan pengumuman data utama yang dijangka memberi gambaran tentang kesan perang perdagangan yang dilancarkan oleh Presiden AS.

Kebimbangan terhadap prospek ekonomi global mendorong pelabur beralih kepada aset selamat, dengan harga emas melonjak ke paras tertinggi melepasi AS$3,384.

Peningkatan harga itu turut disokong oleh kejatuhan nilai dolar akibat kebimbangan terhadap pertelingkahan Trump dengan Pengerusi Fed, Jerome Powell.

Dolar kini susut berbanding mata wang utama dunia, dengan yen dan euro menjadi antara mata wang paling kukuh.

Sementara itu, pasaran saham memulakan minggu ini dengan prestasi bercampur-campur, dengan pasaran Tokyo terjejas akibat pengukuhan yen manakala Taipei turut mencatatkan penurunan.

Namun, Shanghai, Seoul, Singapura, Manila dan Jakarta menunjukkan peningkatan.

Harga minyak pula menurun disebabkan kebimbangan terhadap permintaan global di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi dunia.

Pedagang kini menumpukan perhatian kepada pengumuman data pembuatan bagi April dari seluruh dunia minggu ini, bagi menilai kesan awal tarif dikenakan oleh Trump.-AFP.

Related Articles

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini

PERTUMBUHAN keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berisiko lebih rendah tahun ini....

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ
Ekonomi

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) komited dalam kemudahan pembiayaan sebanyak...

Ekonomi

Emas ditutup tinggi susulan ketidaktentuan politik, ekonomi global

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin...

Ekonomi

PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini

PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa...