Home Ekonomi CIMB peruntuk RM10 bilion sokong Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura
Ekonomi

CIMB peruntuk RM10 bilion sokong Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura

CIMB Group Holdings memperkukuh komitmennya terhadap pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) menerusi penyediaan kemudahan pembiayaan bernilai RM10 bilion / Foto Hiasan/ Fail

KUALA LUMPUR, 21 April – CIMB Group Holdings memperkukuh komitmennya terhadap pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) menerusi penyediaan kemudahan pembiayaan bernilai RM10 bilion, sebagai usaha merangsang integrasi ekonomi dua hala dan memperluas peluang pelaburan rentas sempadan.

Menerusi kenyataan, CIMB turut mengumumkan pelancaran Pasport Kewangan ASEAN, sejajar dengan usaha memperkukuh perbankan serantau, selaras dengan peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Novan Amirudin berkata inisiatif berkenaan bertujuan memudahkan urusan perbankan rentas sempadan meliputi khidmat nasihat, pembukaan akaun serta pakej pembiayaan yang disesuaikan mengikut keperluan pelanggan serantau.

Bagi menyokong pelaksanaan tersebut, CIMB menugaskan seramai 30 pakar kewangan bagi membimbing pelanggan dari negara seperti Indonesia, Thailand dan China.

Selain itu, enam cawangan khusus telah diwujudkan di Johor untuk menyokong keperluan operasi JS-SEZ, dengan perancangan pembukaan cawangan baharu berhampiran laluan sistem Transit Aliran Pantas (RTS) turut dalam perancangan.

CIMB juga memperluas penawaran penyelesaian perbankan kepada pelanggan perniagaan melalui inisiatif seperti SMEBizReady, GreenBizReady dan HalalBizReady, serta peningkatan perkhidmatan pemindahan wang rentas sempadan.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...