Home Nasional Lebih 500 peserta sertai Neon Walk 2025 sempena Hari Air Sedunia Kedah
Nasional

Lebih 500 peserta sertai Neon Walk 2025 sempena Hari Air Sedunia Kedah

Lebih 500 peserta sertai Neon Walk 2025 sempena Hari Air Sedunia Kedah

Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Arif Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin turut berkenan menyertai Neon Walk 2025

ALOR SETAR, 21 April- Lebih 500 peserta menyertai acara Neon Walk 2025 yang bermula di Dataran Medan Bandar,Neon Walk 2025 semalam, bagi merayakan Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Kedah.

Majlis perasmian acara disempurnakan oleh Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Arif Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin. Baginda bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, turut menyertai larian yang penuh warna-warni ini.

Neon Walk 2025 yang dianjurkan oleh Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) itu melibatkan jarak hampir 5 kilometer melalui beberapa kawasan bersejarah seperti Masjid Zahir, Pekan Cina, Pekan Melayu dan Pekan Rabu. Acara ini turut berfungsi sebagai salah satu usaha mempromosikan Tahun Melawat Kedah 2025.

Selain itu, para peserta juga melalui dua batang sungai utama iaitu Sungai Raja dan Sungai Kedah, yang merupakan sumber bekalan air penting bagi negeri Kedah.

Sambutan Hari Air Sedunia yang diadakan pada 22 Mac setiap tahun bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya air sebagai elemen utama dalam kehidupan seharian.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...