Gambar Fail
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives berkemungkinan didagangkan dengan berhati-hati minggu depan, kerana pedagang akan memantau sebarang potensi penyelesaian perang perdagangan, kata penganalisis.
Pengarah UrusanSPI Asset ManagementStephen Innes berkata komoditi itu dijangka didagangkan dalam julatUS$3,300 setiap auns troy hinggaUS$3,350 setiap auns troy pada minggu depan.
“Perjanjian antara Amerika Syarikat (AS)-Tokyo atau sebarangisyarat yang menunjukkan Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping bersedia mengadakan semula dialog, mungkin sudah cukup untuk mendorong harga meningkat semula.
“Sentimen runcit menunjukkan kecenderungan optimistik. Oleh itu, saya meramalkan logam berharga ini akan didagangkan dengan berhati-hati padaUS$3,300 setiap auns troy hinggaUS$3,350 setiap auns troy pada minggu depan,” katanya kepada Livevartha.
Pada asas Jumaat ke Jumaat, semerta bulan April meningkat kepadaUS$3,305.20setiap auns troy daripadaUS$3,224.00 setiap auns troy minggu lepas, manakala Mei 2025 melonjak kepadaUS$3,315.60 setiap auns troy daripadaUS$3,234.40 setiap auns troy.
Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2025 masing-masing menokok kepadaUS$3,330.30 setiap auns troy daripadaUS$3,246.80 setiap auns troy minggu lepas.
Jumlah dagangan merosot kepada 1,984 lot daripada2,738 lot sebelumnya, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 175 kontrak daripada 1,232 kontrak.
Mengikut penetapanLondon Bullion Market Association pada 17 April, harga emas fizikal berada padaUS$3,305.65 setiap auns troy.