Home Pasaran Bursa Malaysia Naik 1.09 Peratus, Sedikit Lagi Cecah Paras Psikologi 1,500
Pasaran

Bursa Malaysia Naik 1.09 Peratus, Sedikit Lagi Cecah Paras Psikologi 1,500

Bursa Malaysia Naik 1.09 Peratus, Sedikit Lagi Cecah Paras Psikologi 1,500

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 18 April(Livevartha) –Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi pada hari dagangan terakhir minggu inidisokong oleh petunjuk positif serantau dan sentimen pelabur yang memulih, walaupun hanya sedikit sahaja lagi untuk mencecah paras psikologi 1,500.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 16.13 mata, atau 1.09 peratus, kepada 1,499.40 berbanding 1,483.27 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks penanda aras dibuka 1.63 mata lebih rendah kepada 1,481.64 dan kemudiannya susut kepada 1,480.52 pada awal dagangan sebelum kembali mengukuh untuk ditutup pada paras tertinggi harian.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 543 berbanding 256, manakala 441 kaunter tidak berubah, 1,183 tidak diniagakandan 29 kaunter digantung dagangannya.

Jumlah dagangan susut kepada 1.69 bilion unit bernilai RM1.24 bilion berbanding 2.40 bilion unit bernilai RM1.60 bilion pada Khamis.

Ketua PenyelidikanPelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn BhdMohd Sedek Jantanberkata pemangkin utama kepada prestasi memberangsangkan hari ini dicetuskan daripadalawatan berprofil tinggi Presiden ChinaXi Jinpingke beberapa negara Asia.

“Lawatan ini menyemarakkan optimistik merentas pasaran Asia, dengan kebanyakan indeks ditutup dalam keadaan positif,” katanya kepada Livevartha.

Seperti yang dilaporkan oleh Livevartha baru-baru ini, sentimen pelabur bertambah baik susulan lawatan rasmi Presiden Xi ke Asia Tenggara — yang meliputi Vietnam, Malaysia, dan Kemboja — bertujuan mengukuhkan hubungan ekonomi di tengah-tengah ketegangan perdagangan yang semakin memuncak dengan Amerika Syarikat (AS).

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...