Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan berikutan meningkatnya pengeluaran dan sentimen pasaranyang lemah, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Sehubungan itu, beliau menjangkakan komoditi bernilai itu akan diniagakan antara RM3,900 satu tan dan RM4,100 satu tan minggu depan.

Sementara itu, peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh berkata niaga hadapan MSM berkemungkinan mengalami pembetulan teknikal dalam julat RM3,800 hingga RM4,000 satu tan.

"Terdapat banyak stok di Malaysia dan Indonesia. Disebabkan cuaca yang elok, pengeluaran untuk April dijangka baik di Malaysia dan Indonesia.

“Pembelian fizikal akan datang dari China, terutamanya dengan lawatan Presiden China Xi Jinping baru-baru ini, selain India, Pakistan, Timur Tengah dan Kesatuan Eropah,” tambahnya.

Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di MumbaiAnilkumar Baganimenjangkakan niaga hadapan MSM akan berada dalam dalam julat RM3,850 hingga RM4,200 satutan dengan tumpuan kepada kadar pengeluaran minyak sawit di Malaysia dan kejelasan mandat obligasi jumlah boleh baharu (RVO) Amerika Syarikatuntuk 2025 dan 2026.

“Minggu depan tumpuan akan diberikan untuk data pengeluaran minyak sawit pada 1-20 Aprildaripada Persatuan Pengilang-Pengilang Kelapa Sawit Semenanjung Selatan (SPPOMA) dan Persatuan Minyak Sawit Malaysia,” katanya.

Beliau berkatapengeluaran SPPOMA pada 1-15 April dianggarkan pada +3.97 peratusdan pasaran menjangkakan pengeluaran minyak sawit akan menunjukkan pertumbuhan dua angka pada April pada asas bulan ke bulan.

Related Articles

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April (Livevartha) –Pasaran getah...

Ringgit Meningkat Dalam Ketidaktentuan Berterusan Susulan Ketegangan Perdagangan AS-China
Pasaran

Ringgit Meningkat Dalam Ketidaktentuan Berterusan Susulan Ketegangan Perdagangan AS-China

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 18 April (Livevartha)– Ringgit mengukuh...