Home Nasional UPSI jalin kerjasama penyelidikan dan inovasi dengan Uzbekistan
Nasional

UPSI jalin kerjasama penyelidikan dan inovasi dengan Uzbekistan

UPSI jalin kerjasama penyelidikan dan inovasi dengan Uzbekistan

Delegasi Uzbekistan bergambar bersama barisan pengurusan tertinggi UPSI di Scholar’s Suites, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI Tanjong Malim / Foto UPSI

TANJONG MALIM, 19 April – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan The Fund and Agency for Innovative Development, di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Republik Uzbekistan, bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

Majlis menandatangani perjanjian berlangsung di Scholar’s Suites, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI pada Khamis dan menyaksikan komitmen selama lima tahun antara kedua-dua pihak dalam membangunkan potensi saintis muda dari Malaysia dan Uzbekistan melalui penyelidikan berimpak tinggi.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Profesor Dr. Norkhalid Salimin memaklumkan lima projek penyelidikan kolaboratif telah dipersetujui untuk fasa awal dengan jumlah peruntukan kira-kira AS$90,310 (sekitar RM440,000).

\”Projek tersebut melibatkan Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, serta Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif. Antara tajuk projek termasuk Bandar Pintar dan Pengurusan Sisa, Ekonomi Hijau, Pendidikan Alam Sekitar, Penerbitan Saintifik Berimpak Tinggi, Reka Bentuk Landskap dengan Tumbuhan Asli, dan Pendidikan Luar untuk Mempromosikan Kebudayaan dan Pelancongan,\” menurut institusi itu menerusi kenyataan.

Menurut beliau, inisiatif itu selaras dengan aspirasi UPSI untuk menjadi peneraju pendidikan bertaraf antarabangsa dan memperkukuh penyelidikan dalam teknologi hijau dan pembangunan mampan melalui pendekatan multidisiplin.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pendaftar UPSI, Helmi Zaifura Abdul Rahman; Pengarah Komunikasi Korporat UPSI, Profesor Dr. Mohd Izwan Shahril; dan beberapa wakil agensi dari Uzbekistan termasuk Tavakalov Jonibek Tavakalovich dan Kabulov Elyor Nurmatovich.

Tavakalov dalam ucapannya menzahirkan penghargaan terhadap UPSI atas komitmen dalam kerjasama itu dan menyatakan keyakinan bahawa inisiatif tersebut akan memberi impak signifikan kepada penyelidik dan masyarakat kedua-dua negara.

Beliau turut menyatakan kerjasama tersebut membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala Malaysia–Uzbekistan, bukan sahaja dalam aspek akademik dan teknologi, malah sebagai contoh kepada negara lain dalam memperkukuh rangkaian global sains dan inovasi.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...