Home Nasional Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan
Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives berkemungkinan didagangkan dengan berhati-hati minggu depan, kerana pedagang akan memantau sebarang potensi penyelesaian perang perdagangan, kata penganalisis.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata komoditi itu dijangka didagangkan dalam julat US$3,300 setiap auns troy hingga US$3,350 setiap auns troy pada minggu depan.

“Perjanjian antara Amerika Syarikat (AS)-Tokyo atau sebarang isyarat yang menunjukkan Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping bersedia mengadakan semula dialog, mungkin sudah cukup untuk mendorong harga meningkat semula.

“Sentimen runcit menunjukkan kecenderungan optimistik. Oleh itu, saya meramalkan logam berharga ini akan didagangkan dengan berhati-hati pada US$3,300 setiap auns troy hingga US$3,350 setiap auns troy pada minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, semerta bulan April meningkat kepada US$3,305.20 setiap auns troy daripada US$3,224.00 setiap auns troy minggu lepas, manakala Mei 2025 melonjak kepada US$3,315.60 setiap auns troy daripada US$3,234.40 setiap auns troy.

Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2025 masing-masing menokok kepada US$3,330.30 setiap auns troy daripada US$3,246.80 setiap auns troy minggu lepas.

Jumlah dagangan merosot kepada 1,984 lot daripada 2,738 lot sebelumnya, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 175 kontrak daripada 1,232 kontrak.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 17 April, harga emas fizikal berada pada US$3,305.65 setiap auns troy.- BERNAMA

Related Articles

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...

UPSI jalin kerjasama penyelidikan dan inovasi dengan Uzbekistan
Nasional

UPSI jalin kerjasama penyelidikan dan inovasi dengan Uzbekistan

Delegasi Uzbekistan bergambar bersama barisan pengurusan tertinggi UPSI di Scholar’s Suites, Kampus...