Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 16 April (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu bagi hari ketiga berturut-turut seiring dengan harga kacang soya lebih rendah didi Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).
Peniaga minyak sawit David Ng berkata kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran untuk beberapa minggu akan datang turut menyebabkan harga komoditi itu lebih rendah.
“Kami melihat paras sokongan pada RM3,950 satu tan metrik dan paras rintangan pada RM4,200 satu tan,” katanya kepada Livevartha.
Sementara itu, Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani berkata walaupun terdapat pemulihan memberangsangkan dalam niaga hadapan minyak kacang soya CBOT semalaman, separuh pertama April yang kukuh dan prestasi eksport minyak sawit Malaysia, niaga hadapan MSM ditutuprendah pagi ini berikutan kerugian dalam niaga hadapan minyak kacang soya CBOT dan Bursa Komoditi Dalian semasa waktu dagangan Asia.
“Secara makro, ia kelihatan masih tidak stabil dan penuaian kacang soya Amerika Selatan yang lebih kukuh menghalang percubaan pemulihan dalam pasaran minyak sawit.
Anilkumar berkata juruukur kargo Intertek Testing Services (ITS) menjangkakaneksport minyak sawit Malaysia bagi tempoh 1-15 April pada 491,984 tan, meningkat sebanyak 16.95 peratus, manakala AmSpec pula mengunjurkan pada 450,657 tan, naiksebanyak 13.55 peratus daripada anggaran eksport masing-masing bagi tempoh 1 hingga 15Mac.
“Pasaran kini menunggu separuh pertama anggaran pengeluaran April olehPersatuan Pengilangan-Pengilang Buah Sawit Selatan Semenanjung (SPPOMA).
Beliau berkata Malaysia telah menyemakharga rujukan minyak sawit bagi Mei 2025 pada RM4,449.35 setan metrik, turun daripada RM4,547.79 setan metrik pada April 2025, manakala cukai eksport bagi Mei 2025 ialah 10 peratus, iaitu RM444.94 setan metrik berbanding RM4 2025.