KUALA LUMPUR, 16 April- Penulis lirik tersohor, Yusnor Ef, 87 tahun, meninggal dunia di Hospital Sengkang, Singapura pada pukul 2.00 pagi tadi.
Berita pemergian Yusnor atau nama sebenarnya, Mohamed Noor Mohamed Yusofe disahkan menantunya Rahmad Basir menerusi perkongsian di Facebook.
\”Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediaman keluarga di 99 Saraca Terrace.
\”Semoga allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,\” katanya.