PETALING JAYA: Program latihan dan bimbingan keusahawanan anjuran Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN), berjaya membantu usahawan mikro dan tidak formal melonjakkan hasil jualan sebanyak RM101 juta sejak diperkenalkan pada 2017 hingga tahun lalu. Dalam tempoh tersebut, sebanyak 1,134 pekerjaan baharu dicipta dan 130 usahawan bertukar status perniagaan daripada mikro kepada kecil. Pada tahun lalu sahaja, program bimbingan INSKEN telah mencatatkan jualan hasil sebanyak RM23 juta melalui pelaksanaan 24 program bimbingan terdiri daripada 19 Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) dan lima Program Bimbingan Keuntungan Menu. Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya