Home Ekonomi INSKEN jana RM101 juta, bantu naik taraf 130 usahawan
Ekonomi

INSKEN jana RM101 juta, bantu naik taraf 130 usahawan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 15 April– Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) mencatatkan peningkatan hasil jualan usahawan sebanyak RM101 juta sejak program latihan dan bimbingannya diperkenalkan pada tahun 2017 hingga 2024.

Menerusi kenyataan, institut itu berkata pihaknya telah berjaya mencipta 1,134 peluang pekerjaan baharu serta membantu 130 usahawan menaik taraf perniagaan daripada kategori mikro ke kecil sepanjang tempoh tersebut.

\”Bagi tahun 2024 sahaja, sebanyak 24 program bimbingan telah dilaksanakan, yang menyumbang kepada peningkatan hasil jualan sebanyak RM23 juta.

Tahun lalu juga menyaksikan tambahan 468 pekerjaan baharu serta 60 usahawan berjaya bertukar status perniagaan mereka daripada mikro kepada kecil,\” kata kenyataan itu.

Tahun ini, INSKEN menyasarkan sehingga 25,000 usahawan seluruh Malaysia akan mendapat manfaat melalui 198 program latihan dan bimbingan.

Justeru itu, INSKEN mengalu-alukan lebih banyak rakan kolaborasi untuk berganding bahu bersama-sama membantu usahawan di Malaysia.

Related Articles

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...

Ekonomi

Ringgit diunjur mendatar berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41...