Home Ekonomi MODEC jadikan malaysia hab minyak terapung Asia
Ekonomi

MODEC jadikan malaysia hab minyak terapung Asia

FOTO MODEC

KUALA LUMPUR, 15 April- Malaysia berpotensi menjadi hab pengeluaran minyak terapung terbesar di Asia susulan kerjasama strategik antara agensi pelaburan InvestKL dan syarikat tenaga Jepun, MODEC.

Ketua Pegawai Eksekutif MODEC, Hirohiko Miyata, yakin pengalaman lebih 50 tahun syarikat itu dalam bidang offshore mampu memacu pertumbuhan sektor tenaga negara.

\”Selama lebih 50 tahun, MODEC berada di barisan hadapan dalam penyelesaian pengeluaran terapung dengan lebih 50 FPSO dihantar ke seluruh dunia. Misi kami kekal jelas menyediakan penyelesaian offshore yang selamat, cekap dan boleh dipercayai,” katanya.

MODEC yang berpangkalan di Kuala Lumpur kini telah melahirkan hampir 200 profesional tempatan, dengan sasaran untuk berkembang kepada 800 tenaga kerja dalam masa terdekat.

Pusat operasi mereka di Malaysia berfungsi sebagai pusat reka bentuk kejuruteraan, penyelidikan & pembangunan serta cadangan projek masa hadapan, mengukuhkan lagi peranan Malaysia dalam industri tenaga global.

Kerjasama ini turut menandakan komitmen jangka panjang MODEC terhadap pelaburan dan pembangunan industri minyak dan gas negara.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit mengukuh pada pembukaan berikutan kelemahan dolar AS

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 18 April – Ringgit mengukuh berbanding dolar...

Robert Kuok kekal individu terkaya di Malaysia
Ekonomi

Robert Kuok kekal individu terkaya di Malaysia

Tan Sri Robert KuokPETALING JAYA: Kekayaan kolektif 50 taikun utama Malaysia meningkat...

Ekonomi

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, ekoran ketidakpastian dasar tarif AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 17 April– Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat...

Pengasas Speed Mart muncul dalam senarai individu terkaya Forbes Malaysia
Ekonomi

Pengasas Speed Mart muncul dalam senarai individu terkaya Forbes Malaysia

LEE THIAM WAHPETALING JAYA: Pengasas 99 Speed Mart Holdings, Lee Thiam Wah...