Wednesday , 16 April 2025
Home Nasional Sultan Perak dan DUN Perak zahir takziah atas pemergian Tun Abdullah
Nasional

Sultan Perak dan DUN Perak zahir takziah atas pemergian Tun Abdullah

Sultan Perak dan DUN Perak zahir takziah atas pemergian Tun Abdullah

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, berkenan menyantuni anggota-anggota Dewan Undangan Negeri sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Tahun Ketiga Dewan Negeri Kelima Belas di Bangunan Perak Darul Ridzuan

IPOH, 15 April – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menzahirkan dukacita dan ucapan takziah atas pemergian Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi, malam tadi.

Baginda menzahirkan ucapan berkenaan ketika titah ucapan Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Berikutan itu, baginda menitahkan supaya bendera Perak dikibarkan separa tiang pada hari ini, menandakan rasa sedih dan dukacita rakyat dan negeri ini.

“Beta bersama Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Dewan hari ini dan seluruh rakyat di Perak menzahirkan rasa dukacita atas kembalinya ke Rahmatullah Tun Abdullah Ahmad Badawi dan menzahirkan ucapan takziah kepada Tun Jean Abdullah dan keluarga Allahyarham.

\”Semoga roh Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dilimpahi rahmat ihsan Ilahi, ditempatkan dalam kalangan roh para solihin,\” titah baginda.

Abdullah, 85, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara pada 7.10 malam.

Dilahirkan pada 26 Nov 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang, beliau merupakan Ahli Parlimen Kepala Batas dari 1978 hingga 2008 dan Perdana Menteri dari 31 Okt 2003 hingga 3 April 2009, berikutan peletakan jawatan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Related Articles

Penulis lirik, Yusnor Ef meninggal dunia
Nasional

Penulis lirik, Yusnor Ef meninggal dunia

Foto Musika- Malaya\’s Early Music Scene From 1900 to 1965KUALA LUMPUR, 16...

Pekerja bengkel mengaku tak bersalah pandu mabuk, rempuh lelaki hingga maut
Nasional

Pekerja bengkel mengaku tak bersalah pandu mabuk, rempuh lelaki hingga maut

Foto FailJOHOR BAHRU, 16 April– Seorang pekerja bengkel, mengaku tidak bersalah di...

Presiden China diberi sambutan negara
Nasional

Presiden China diberi sambutan negara

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengiringi Presiden China, Xi Jinping di...

Rakyat digalak beli dan sokong produk tempatan
Nasional

Rakyat digalak beli dan sokong produk tempatan

Dr Nadzirah ZainordinKUALA LUMPUR, 16 April- Rakyat digalak membeli dan menyokong produk...