Wednesday , 16 April 2025
Home Nasional Allahyarham Tun Abdullah pemimpin berdedikasi, mesra, bawa perubahan pentadbiran negara
Nasional

Allahyarham Tun Abdullah pemimpin berdedikasi, mesra, bawa perubahan pentadbiran negara

Allahyarham Tun Abdullah pemimpin berdedikasi, mesra, bawa perubahan pentadbiran negara

Bekas Menteri Luar Tan Sri Dr Syed Hamid Albar

KUALA LUMPUR, 15 April – Pemergian Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan satu kehilangan besar buat negara.

Bekas Menteri Luar Tan Sri Dr Syed Hamid Albar menyifatkan allahyarham sebagai pemimpin yang berdedikasi, mesra dan membawa perubahan kepada pentadbiran negara.

Beliau berkata allahyarham bukan sahaja disenangi dalam kalangan menteri kabinet terdahulu, malah dalam kalangan pemimpin luar.

“Pemimpin yang cukup dedikasi kepada dia punya tugas, yang sederhana membawa kepada Islam hadhari. Dia bercakap berkenaan kegemilangan, kecemerlangan dan terbilang. Cara, pendekatan dia mesra kepada rakyat, mesra kepada pentadbiran, pengurusan.

“Saya selalu dengan dia sebagai menteri luar. Bukan sahaja dia seorang bos tapi dia (allahyarham) seorang kawan dan macam sahabat dan saya tengok pemimpin luarpun mesra dengan dia”, kata Syed Hamid Albar.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di kediaman rasmi di ibu negara.

Related Articles

Penulis lirik, Yusnor Ef meninggal dunia
Nasional

Penulis lirik, Yusnor Ef meninggal dunia

Foto Musika- Malaya\’s Early Music Scene From 1900 to 1965KUALA LUMPUR, 16...

Pekerja bengkel mengaku tak bersalah pandu mabuk, rempuh lelaki hingga maut
Nasional

Pekerja bengkel mengaku tak bersalah pandu mabuk, rempuh lelaki hingga maut

Foto FailJOHOR BAHRU, 16 April– Seorang pekerja bengkel, mengaku tidak bersalah di...

Presiden China diberi sambutan negara
Nasional

Presiden China diberi sambutan negara

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengiringi Presiden China, Xi Jinping di...

Rakyat digalak beli dan sokong produk tempatan
Nasional

Rakyat digalak beli dan sokong produk tempatan

Dr Nadzirah ZainordinKUALA LUMPUR, 16 April- Rakyat digalak membeli dan menyokong produk...