Wednesday , 16 April 2025
Home Nasional Banjir: Jumlah penduduk terjejas di Johor, Sabah berkurangan
Nasional

Banjir: Jumlah penduduk terjejas di Johor, Sabah berkurangan

Banjir: Jumlah penduduk terjejas di Johor, Sabah berkurangan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 15 April– Situasi banjir di Johor dan Sabah menunjukkan tanda pemulihan apabila jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri berkenaan mencatatkan penurunan, pagi ini.

Di Johor, jumlah penduduk terjejas banjir menurun kepada 106 orang daripada 34 keluarga setakat pukul 8.00 pagi ini, berbanding 195 orang daripada 60 keluarga yang direkodkan petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata mangsa yang terjejas itu membabitkan daerah Batu Pahat dan Segamat dengan tiga PPS beroperasi iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading, Batu Pahat serta Balai Raya Kampung Batu Badak dan Dewan Komuniti Kampung Tasek, Segamat.

Beliau berkata kawasan terlibat banjir di Batu Pahat adalah Kampung Baharu Sri Gading, Kampung Parit Bengkok, Kampung Parit Kaspan, Kampung Parit Samion dan Kampung Parit Samijan.

“Dua kampung terlibat banjir di Segamat pula adalah Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5 Jalan Muar. Keadaan cuaca yang dilaporkan sehingga pukul 8.00 pagi ini adalah cerah bagi keseluruhan negeri Johor,” katanya dalam kenyataan.

Di Sabah, jumlah penduduk terjejas banjir turun mendadak kepada 471 orang daripada 154 keluarga pagi ini dan ditempatkan di lima PPS, berbanding 890 orang daripada 259 keluarga petang semalam.

Sekretariat JPBN Sabah memaklumkan Nabawan mencatat 29 penduduk terjejas dari lapan keluarga ditempatkan di satu PPS, diikuti Sook (239 orang, 79 keluarga, dua PPS); Beaufort (127 orang, 46 keluarga, satu PPS); dan Keningau (76 orang, 21 keluarga, satu PPS).

“Sebanyak 40 kampung terjejas akibat banjir dengan 30 kampung di Nabawan, enam kampung di Beaufort dan masing-masing dua kampung di Sook dan Keningau,” katanya.- BERNAMA

Related Articles

Penulis lirik, Yusnor Ef meninggal dunia
Nasional

Penulis lirik, Yusnor Ef meninggal dunia

Foto Musika- Malaya\’s Early Music Scene From 1900 to 1965KUALA LUMPUR, 16...

Pekerja bengkel mengaku tak bersalah pandu mabuk, rempuh lelaki hingga maut
Nasional

Pekerja bengkel mengaku tak bersalah pandu mabuk, rempuh lelaki hingga maut

Foto FailJOHOR BAHRU, 16 April– Seorang pekerja bengkel, mengaku tidak bersalah di...

Presiden China diberi sambutan negara
Nasional

Presiden China diberi sambutan negara

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengiringi Presiden China, Xi Jinping di...

Rakyat digalak beli dan sokong produk tempatan
Nasional

Rakyat digalak beli dan sokong produk tempatan

Dr Nadzirah ZainordinKUALA LUMPUR, 16 April- Rakyat digalak membeli dan menyokong produk...