Home Nasional Jangan ceroboh tanah Pahang – Al-Sultan Abdullah
Nasional

Jangan ceroboh tanah Pahang – Al-Sultan Abdullah

Jangan ceroboh tanah Pahang – Al-Sultan Abdullah

Foto Facebook Kesultanan Pahang

KUANTAN, 14 April – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan agar tanah di negeri itu tidak diceroboh sewenang-wenangnya dan tindakan sewajarnya harus dikenakan kepada mereka yang terlibat.

Al-Sultan Abdullah turut bertitah supaya rakyat menjadi \’mata dan telinga\’ baginda dalam menyalurkan maklumat mengenai isu pencerobohan tanah di Pahang.

\”Jangan bagi orang menceroboh tanah negeri Pahang ini, saya pun naik darah juga banyak orang ceroboh tanah, sudah sampai masanya kita berkeras dengan mereka (penceroboh).

“Jagalah negeri dan bumi Pahang ini sebaik mungkin,\” titah baginda di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut semalam yang dimuat naik di laman Facebook Kesultanan Pahang.

Bagaimanapun, Sultan Pahang bertitah agar isu pencerobohan tanah itu diselesaikan dengan baik dan segala kekurangan diatasi secara harmoni.

Sebelum ini, operasi penguatkuasaan di kebun durian di Raub telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat apabila pekebun didakwa menunjukkan ketidakpuasan hati kerana tanaman mereka dimusnahkan.

Kerajaan Pahang juga menafikan telah melanggar perintah mahkamah dengan menebang kira-kira 200 pokok durian Musang King dalam operasi penguatkuasaan di Sungai Klau, Raub pada 8 April lepas.

Operasi penguatkuasaan berkenaan disertai antaranya polis dan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang, (UPNP) dijalankan meliputi semua kawasan penanaman yang telah diteroka tanpa kebenaran di Raub serta dijangka dilaksanakan hingga 3 Mei ini.

Related Articles

Operasi Bersepadu Mega: 100 barang luput, eksport tanpa kebenaran dirampas
Nasional

Operasi Bersepadu Mega: 100 barang luput, eksport tanpa kebenaran dirampas

Foto MBASALOR SETAR, 17 April-100 unit barang tarikh luput dan barang eksport...

Beaufort, Segamat masih dilanda banjir
Nasional

Beaufort, Segamat masih dilanda banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 17 April- Seramai 155 orang daripada 54 keluarga terjejas...

Menara KL ditutup sementara, urus tadbir diambil alih syarikat baharu
Nasional

Menara KL ditutup sementara, urus tadbir diambil alih syarikat baharu

FOTO HIASANPUTRAJAYA, 16 April- Menara Kuala Lumpur kini ditutup buat sementara waktu...

Presiden Xi Jinping diraikan dalam Majlis Makan Malam Rasmi di Seri Perdana
Nasional

Presiden Xi Jinping diraikan dalam Majlis Makan Malam Rasmi di Seri Perdana

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden China Xi Jinping menghadiri...