Home Nasional Memperkukuh jati diri belia melalui Kursus Kenegaraan MADANI dan Kepimpinan Belia
Nasional

Memperkukuh jati diri belia melalui Kursus Kenegaraan MADANI dan Kepimpinan Belia

Memperkukuh jati diri belia melalui Kursus Kenegaraan MADANI dan Kepimpinan Belia

Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI dan Kepimpinan Belia disertai 58 orang belia dari kalangan ahli Majlis Belia India Negeri Perlis

PADANG BESAR, 14 April – Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI dan Kepimpinan Belia diadakan bagi memupuk semangat cintakan tanah air, memperkukuh nilai perpaduan serta memperkasakan kepimpinan dalam kalangan generasi muda terus diperkukuhkan.

Menurut Presiden Majlis Belia Negeri Perlis Mohd Jeffry Hassan, golongan belia bukan lagi sekadar pemimpin masa hadapan, malah mereka adalah pemimpin masa kini yang bertanggungjawab menyemarakkan semangat perpaduan dalam masyarakat.

\”Selain itu, belia perlu menjadi duta perpaduan yang membawa mesej positif kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Program ini diharap dapat dijadikan contoh untuk pelaksanaan aktiviti seumpama di masa akan datang, dengan harapan ia terus mendapat sokongan padu daripada pelbagai agensi dan pihak berkepentingan termasuk kerajaan,\” kata Mohd Jeffry.

Beliau memaklumkannya pada Majlis Penutup Kursus Kenegaraan Malaysia Madani dan Kepimpinan Belia. Ia disertai 58 orang belia dari kalangan ahli Majlis Belia India Negeri Perlis.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Majlis Belia India Malaysia, Dhinesh Basil serta exco MIYC Kebangsaan dan exco Majlis Belia Negeri Perlis yang turut menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif memperkukuh kenegaraan dan kepimpinan belia.

Program dianjurkan Majlis Belia India Perlis dengan kerjasama strategik Majlis Belia India Malaysia dan Majlis Belia Negeri Perlis yang berlangsung selama tiga hari yang berakhir petang semalam di Pusat Latihan Kenegaraan, Kaki Bukit, Perlis.

Related Articles

Operasi Bersepadu Mega: 100 barang luput, eksport tanpa kebenaran dirampas
Nasional

Operasi Bersepadu Mega: 100 barang luput, eksport tanpa kebenaran dirampas

Foto MBASALOR SETAR, 17 April-100 unit barang tarikh luput dan barang eksport...

Beaufort, Segamat masih dilanda banjir
Nasional

Beaufort, Segamat masih dilanda banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 17 April- Seramai 155 orang daripada 54 keluarga terjejas...

Menara KL ditutup sementara, urus tadbir diambil alih syarikat baharu
Nasional

Menara KL ditutup sementara, urus tadbir diambil alih syarikat baharu

FOTO HIASANPUTRAJAYA, 16 April- Menara Kuala Lumpur kini ditutup buat sementara waktu...

Presiden Xi Jinping diraikan dalam Majlis Makan Malam Rasmi di Seri Perdana
Nasional

Presiden Xi Jinping diraikan dalam Majlis Makan Malam Rasmi di Seri Perdana

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden China Xi Jinping menghadiri...