Home Ekonomi Malaysia-EFTA dimeterai: MEEPA dijangka ditandatangani Jun ini
Ekonomi

Malaysia-EFTA dimeterai: MEEPA dijangka ditandatangani Jun ini

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 12 April – Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan negara anggota Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) berjaya dimuktamadkan semalam, menurut kenyataan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

EFTA kini dianggotai oleh empat negara iaitu Iceland, Liechtenstein, Norway dan Switzerland.

MITI memaklumkan perjanjian tersebut, yang dinamakan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia-Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (MEEPA), dijadualkan akan ditandatangani secara rasmi oleh pihak-pihak terlibat menjelang bulan Jun tahun ini.

“Skop MEEPA merangkumi bidang utama seperti perdagangan barangan dan perkhidmatan, pelaburan, hak harta intelek, persaingan serta pemerolehan kerajaan,” kata kenyataan itu.

Melalui MEEPA, Malaysia bakal menerima manfaat seperti layanan keutamaan secara kekal bagi akses pasaran kepada pengeksport tempatan.

Ketika ini, Malaysia menikmati pengurangan tarif eksport menerusi Sistem Keutamaan Umum (GSP), iaitu satu skim unilateral yang memberikan keutamaan tarif secara sementara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata kepastian dan kestabilan yang ditawarkan menerusi MEEPA akan memberikan sokongan kukuh kepada para pengeksport Malaysia.

“Ia turut memperkukuh kerjasama ekonomi jangka panjang Malaysia dengan negara-negara anggota EFTA,” katanya.

Related Articles

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...

Ekonomi

Ringgit diunjur mendatar berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41...