Home Ekonomi MDEC perkenal insentif, perkasa industri kreatif digital
Ekonomi

MDEC perkenal insentif, perkasa industri kreatif digital

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Anuar Fariz Fadzil/Livevartha

KUALA LUMPUR, 12 April– Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) melancarkan siri program insentif bagi memperkukuh daya saing dan pembangunan industri kreatif digital.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anuar Fariz Fadzil berkata inisiatif itu dikhususkan untuk pemerkasaan studio tempatan dan pencipta kandungan digital merangkumi segmen permainan dan animasi.

Menerusi Program Tapak Uji Permainan Digital, RM3.5 juta diperuntukkan untuk membiayai sekurang-kurangnya lima syarikat pembangunan permainan tempatan.

Dalam segmen animasi, Program Cabaran Video Pendek Animasi memperuntukkan RM1.2 juta untuk menyokong 12 peserta terlatih dan memupuk kandungan digital kualiti tinggi.

Bagi Program Perniagaan dalam Metaverse, menawarkan RM1 juta untuk menyokong 200 perniagaan yang mengguna pakai pemasaran berasaskan platform itu.

Jelasnya, pasaran kandungan digital negara telah berkembang pesat beberapa tahun kebelakangan dan mencatatkan RM87.25 bilion hasil dan RM11.18 bilion nilai jualan eksport.

Industri itu turut mewujudkan lebih 11,150 peluang kerja sejak 2011.

Related Articles

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...

Ekonomi

Ringgit diunjur mendatar berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41...