Home Ekonomi Ringgit berpotensi naik berbanding dolar AS, indeks dolar jadi tumpuan
Ekonomi

Ringgit berpotensi naik berbanding dolar AS, indeks dolar jadi tumpuan

Foto fail

KUALA LUMPUR, 13 April – Ringgit dijangka meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat minggu depan dan diniagakan antara paras RM4.41 danRM4.42.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pergerakan Indeks Dolar akan menjadi tumpuan, selepassusut kepada 99.758 mata Khamis lalu.

Sekiranya indeks dolar kekal lemah, ringgit berpotensi untuk terus meningkat.

Katanya, perang perdagangan Amerika Syarikat – China yang berlaku ketika ini kekal sebagai faktor utama mempengaruhi sentimen pasaran.

Sementara itu, Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI Stephen Innes menjangkakan, pasaran pertukaran asing akan stabil minggu depan.

Kesan perang perdagangan semakin redaapabila ia beralih daripada kebimbangan yang didorong dasar kepada perkara berkaitan politik.

Bagi minggu baru berakhir,ringgit naik kepada RM4.42 berbanding dolar daripada RM4.43 minggu lepas.

Berbanding mata wang negara ASEAN, ringgit didagangkan kebanyakannya bercampur-campur.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit mengukuh pada pembukaan berikutan kelemahan dolar AS

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 18 April – Ringgit mengukuh berbanding dolar...

Robert Kuok kekal individu terkaya di Malaysia
Ekonomi

Robert Kuok kekal individu terkaya di Malaysia

Tan Sri Robert KuokPETALING JAYA: Kekayaan kolektif 50 taikun utama Malaysia meningkat...

Ekonomi

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, ekoran ketidakpastian dasar tarif AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 17 April– Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat...

Pengasas Speed Mart muncul dalam senarai individu terkaya Forbes Malaysia
Ekonomi

Pengasas Speed Mart muncul dalam senarai individu terkaya Forbes Malaysia

LEE THIAM WAHPETALING JAYA: Pengasas 99 Speed Mart Holdings, Lee Thiam Wah...