Home Nasional JPKKP Perlis aktif perkasa komuniti setempat
Nasional

JPKKP Perlis aktif perkasa komuniti setempat

JPKKP Perlis aktif perkasa komuniti setempat

Foto RTM

KANGAR, 13 April – Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) di Perlis terus memainkan peranan aktif dalam membantu komuniti setempat serta menjadi medium penghubung antara kerajaan dan penduduk.

MenerusiJPKKP, pelbagai isu setempat berkaitan keselamatan, kebajikan dan pembangunan ekonomi serta pelaksanaan program secara bersama menjadi keutamaan semua.

Menurut PengerusiJPKKPKampung Abi yang juga Pengerusi Komuniti MADANI Banjaran Nakawan Amy Rodzi, sejak Januari 2024 hingga kini lebih 30 program bersama komuniti setempat telah dilaksanakan bagi memperteguhkan semangat permuafakatan dan mengukuhkan perpaduan antara komuniti setempat selain meningkatkan ekonomi setempat.

Ini termasuk bawah Inisiatif SejaTi MADANI dengan mewujudkan Pusat Pengumpulan Produk SejukBekudan Makanan Kering serta kafebersama komuniti usahawan Kampung Abi, pertandingan wau terbuka Kampung Abi, program ziarah kasih, program khas sempena Aidilfitri dan Aidiladha serta pelbagai program lain.

\”Alhamdulillah sepanjang kita mengadakan program di kampung Abi, sambutan daripada penduduk setempat dan juga komuniti di DUN Bintong juga amat-amat merangsangkan dan boleh dikatakan dapat sokongan sepenuhnya daripada masyarakat setempat,\” kata Amy.

Beliau bercakap pada Program Sambutan Aidilfitri Komuniti Madani Banjaran Nakawan di Kampung Abi yang dihadiri lebih 500 penduduk setempat dengan pelbagai menu hidangan disajikan serta pemberian duit raya dan pertunjukkan bunga api.

Dengan sokongan padu ahli jawatankuasa serta kepimpinan setempat serta agensi berkaitan membolehkan setiap permasalahan dapat diselesaikan dan pelaksanaan pelbagai program juga menjadi pemangkin mendekatkan masyarakat setempat sebagai satu keluarga besar di peringkat kampung.

Related Articles

Sultan Perak dan DUN Perak zahir takziah atas pemergian Tun Abdullah
Nasional

Sultan Perak dan DUN Perak zahir takziah atas pemergian Tun Abdullah

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, berkenan menyantuni anggota-anggota Dewan Undangan Negeri sempena...

Banjir: Jumlah penduduk terjejas di Johor, Sabah berkurangan
Nasional

Banjir: Jumlah penduduk terjejas di Johor, Sabah berkurangan

Foto FailKUALA LUMPUR, 15 April– Situasi banjir di Johor dan Sabah menunjukkan...

Penghormatan terakhir Tun Abdullah diawalkan 10.00 pagi
Nasional

Penghormatan terakhir Tun Abdullah diawalkan 10.00 pagi

Foto RTMKUALA LUMPUR, 15 April – Sesi penghormatan terakhir jenazah Allahyarham Tun...

Jenazah Tun Abdullah tiba di Masjid Negara untuk penghormatan terakhir
Nasional

Jenazah Tun Abdullah tiba di Masjid Negara untuk penghormatan terakhir

Foto RTMKUALA LUMPUR, 15 April – Jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi...